Serious?!

Apa jadi kalau manusia tidak tidur selama berhari-hari?

Oleh  | 

TIDUR merupakan satu perkara penting bagi setiap manusia. Tidur bukan bererti malas atau membuang masa kalau kena pada tempatnya. Kebanyakkan orang menyangka tidur ini hanya membuang masa, sehinggakan kalau nak tidur pun rasa serba salah. Korang mesti pernah kan?

Lagi satu masalah orang muda ni juga adalah, mereka lebih gemar untuk memilih tidak tidur  semata-mata nak menyiapkan kerja atau tugasan yang diberi. Ha kalau bab ni, yang paling gemar adalah para pelajar.

via GIPHY

Masalah ini berpunca daripada kegagalan mengatur masa. Namun, ada juga yang terlalu sibuk sehinggakan tiada masa langsung untuk berehat. Situasi sebegini sebenarnya mengundang bahaya yang boleh meragut nyawa tau!

Setelah cukup 24 jam korang tak tidur, korang akan mengalami beberapa simptom yang negatif seperti mudah marah, tidak fokus, mengantuk yang tidak terkawal, berpotensi untuk mengalami microsleep,ketegangan otot, kenaikkan darah dan penglihatan serta pendengaran menjadi semakin kabur!

via GIPHY

Selepas 36 jam korang tak tidur, hormon kortisol akan dikeluarkan oleh tubuh dan insulin serta pelbagai hormon yang lain dimana pertumbuhan ini akan menjadi huru hara. Bukan itu sahaja, selera makan juga turut berubah, metabolisme terganggu dan tekanan semakin bertambah.

Selepas 48 jam, tubuh korang akan berhenti berfungsi seperti normal dan korang berpotensi tinggi untuk mengalami micro-sleep dimana korang boleh tertidur dalam tempoh beberapa saat tanpa amaran. Mirco-sleep ini tidak dapat dijangka kehadirannya dan tanpa amaran!

via GIPHY

Sampai sahaja 72 jam atau lebih, keadaan akan berubah menjadi lebih teruk dimana, korang akan mengalami gangguan emosi, pemikiran yang bercelaru, tekanan darah tinggi, tidak mempunyai fokus, serta percakapan pun akan terganggu!

Sudah-sudahlah menyiksa tubuh tu. Usah rosakkan minda, pergi tidur sekarang!

 

Sumber:Wanista

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my