Oh-Oh-Tee-Dee

Apa kata cuba OOTD Maxi Skirt ala-ala Korean Style pula!

Oleh  | 

SELAIN berjaya membawakan banyak drama romantis yang menggugah perasaan, Korea Selatan juga tidak kurang hebatnya memukau dunia dengan fesyen mereka yang menjadi rujukan utama para millenial.

Kalau korang dah bosan dengan penampilan korang setiap hari, apa kata korang cuba pula  OOTD inspirasi daripada Korea menggunakan maxi skirt.

Skirt potongan macam ini sebenarnya menjadikan korang lebih manis dan outfit yang sangat sesuai setiap kali keluar dengan kawan-kawan. Pemilihan warna macam ini dan dipadankan dengan kasut putih pun dah menampakkan korang kasual sangat.

Kalau korang yang jenis gurly, gaya sebegini skirt dengan hiasan dekat pinggang ini memang sesuai dengan korang. Ini adalah outfit yang sangat sesuai kalau korang nak pergi ke event yang semi formal.

Layered skirt dengan denim jaket macam ini. Korang boleh pilih untuk tambil feminin dengan pakai wedges atau high heels.  Kalau nak nampak boyish sikit, korang boleh pakai sneakers.

Nak, look macam ini memang buat korang nampak muda. Padukan sweater dengan skrit macam ini terutama sekali waktu musim hujan.

Ini look yang korang boleh cuba kalau nak pergi bercuti. Tshirt, long button skirt, sandel dan topi. Cepat nak bersiap dan paling penting tetap nampak fashionable.

Jadi begitulah antara beberapa OOTD yang korang boleh jadikan inspirasi. Banyak sahaja kedai yang dah jual skirt macam ini dengan harga yang murah. Kalau tak ada yang berkenan, korang boleh je buat sendiri. Selamat mencuba!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my