D-Life

Tak salah pun nak hias rumah korang dengan warna meriah raya ni

Oleh  | 

KALAU korang pergi rumah-rumah dekat kampung, semua dekorasi akan lebih kurang sama iaitu kerusi kayu, meja empat segi warna coklat dan warna langsir yang lebih kurang sama. Jarang betul jumpa rumah yang jumpa warna-warna terang seperti kuning, jingga, hijau muda atau merah.

Namun, kalau warna yang dipilih kena pada tempatnya, ia akan menghidupkan suasana dan ruang rumah korang tau. Korang hanya memerlukan keberanian untuk mencuba dan sedikit kreativiti.

FOTO: Ikea

Cantik sahaja tidak cukup, beberapa perkara yang korang kena consider untuk memastikan ia meriah dan praktikal pada masa yang sama. Contohnya, kalau rumah korang ada adik kecil yang suka berlari-lari. Korang boleh hadkan perabot dekat ruang tamu. Sebabnya, korang masih boleh nampak adik korang walaupun dari dapur dan mengelakkan mereka terlangar perabot sehingga menyebabkan kecederaan.

Pemilihan warna pun penting juga. Warna terang yang terlalu banyak pun akan memberikan perasaan rimas dan tidak tenang kepada penghuni. Kalau dah pilih warna terang tu, perabot yang lain biarkan disusun secara minimalis atau neutral. Barulah tak serbaut kepala bila pandang.

FOTO: Ikea

Boleh juga sediakan ruang khas untuk kanak-kanak bermain seperti meja macam ni untuk mereka melukis dan tidak menggangu orang lain. Boleh juga letakkan pokok di dalam rumah. Ia akan memberikan aura tenang dan pengudaraan yang lebih baik.

Kurangkan beberapa bahan yang tidak diperlukan di dalam rumah korang. Kalau korang lebih bijak, korang akan cari perabot yang boleh dilipat untuk menjimatkan ruang. Selain itu, rancanglah cara menyimpan barang-barang korang agar ia mudah dicari dan tersusun.

FOTO: Ikea

Tak dilupakan juga untuk memeriksa alatan eletrik dekat rumah korang terutamanya pendingin hawa. Tak la nanti tetamu korang berpeluh-peluh sebab pendingin hawa korang rosak. Alang-alang tu boleh check superdeals cepat sebab diornag ada buat promosi untuk servis aircond yang tip top.

Orait, itu sahaja tips dekorasi untuk kali ini. Bila ruang dah lain dan berseri, semakin meriahlah raya kita nanti, kan? Selamat mencuba!

Sumber: Ikea

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my