Serious?!

Apa masalah lelaki ni bercinta dengan lipas?!

Oleh  | 

HELLO gadis trendy, harini sis nak ceritakan tentang benda pelik di negara Jepun dimana ada seorang lelaki ni bercinta dengan lipas. Ye lipas!! Sis pun terkejut dan tertanya-tanya kenapa dia ada hati dengan lipas dan bukannya manusia. Lelaki tersebut bernama Yuta Shinohara berumur 25 tahun dan pernah mempunyai teman hidupnya yang bernama Lisa iaitu sejenis lipas.

Foto:assets.nextshark.com

Yuta menyatakan yang Lisa adalah ‘the one’ dan menganggap yang dia dapat menghabiskan sisa hidupnya bersama Lisa dan takkan pernah meninggalkannya. Yuta sering berimaginasi yang dia dapat melakukan banyak perkara bersama Lisa dan menganggap yang mereka sedang berkomunikasi.

Yuta berkata “Kami 100% serius. Takde manusia yang secantik dan menarik seperti Lisa. Lisa adalah cinta pertama saya”  dia menambah ” Saya tahu ianya mustahil, tapi saya bayangkan dunia dimana lipas menjadi besar atau saya menjadi kecil”.

 

Namun setelah setahun bersama Lisa dan disebabkan jangka hayat lipas yang pendek, Lisa akhirnya mati meninggalkan Yuta. Tapi, bagi Yuta, Lisa akan terus kekal di dalam dirinya sebab dia telah memakannya. 

Yuta berkata walaupun ianya sukar untuk menerimanya setelah Lisa mati, tapi dia tetap memakannya demi untuk menjadikan Lisa hidup di dalam hatinya dan menjadi sebahagian darah dagingnya. Dia makan guys…..dia makan makwe dia.

Terkejut bukan? Tapi Yuta ni sebenarnya seorang entomophagist atau dikenali sebagai seorang yang memakan serangga menggantikan daging haiwan yang lain demi menjaga alam sekitar. Jadi sis hairan dengan mamat bernama Yuta ni dan sis berharap takde orang dekat Malaysia berperangai pelik seperti Yuta ni.

 

 

 

Sumber:Nextshark.com

 

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my