DhiaLova

Apa nak buat bila bestfriend kita bercinta dengan orang yang kita menyampah?

Oleh  | 

SIAPA yang tak bahagia kalau tengok sahabat karib kita tersenyum bahagia, betul tak? Kebahagiaan dia adalah kebahagiaan kita juga. Kadangkala, sahabat karib adalah orang yang paling dekat dengan kita dan seluruh rahsia kita akan roger dia berbanding dengan keluarga sendiri.

Tapi kadangkala, tak semua benda boleh diukur sedemikian rupa. Walaupun dia kawan kita, tapi tak semestinya semua benda yang dia suka akan kita terima terutama sekali bila berkaitan dengan urusan jodoh. Entah macam mana dia tiba-tiba bercinta dengan orang yang kita tak berkenan.

via GIPHY

Kita pun terperangkap dengan perasaan kita sendiri. Pada masa yang sama, kita pun tak boleh tipu hati kita yang sebenarnya kita tak berapa berkenan dengan pilihan kawan kita itu.

Jadi, macam mana kita nak hadapi situasi ini? Boleh ke kita berterus terang dekat sahabat kita tentang apa yang kita rasa mengenai kekasih dia tu? Dalam situasi ini, korang boleh buat tak tahu macam tak ada apa benda berlaku atau korang boleh pilih untuk berterus terang.

via GIPHY

Korang kena tahu tau yang walaupun korang dah berterus terang, korang pun tak boleh berharap yang dia akan terima pandangan korang seratus peratus. Kalau dia boleh terima apa yang korang rasa dengan hati terbuka, bertuahlah korang. Namun, kalau dia tiba-tiba tarik muka dan tak nak cakap dengan korang, korang tahulah yang sebenarnya dia sangat kecewa dengan kejujuran yang korang lontarkan.

Korang boleh sahaja abaikan perasaan korang dan biarkan sahabat korang menjalin cinta dengan kekasihnya. Cuma itulah, kadangkala apa yang kita rasa dalam hati memang dapat kita lihat dengan jelas menerusi ekspresi wajah kita.

via GIPHY

Namun, sebenarnya sahabat yang sejati boleh tahu yang korang tak approve pilihan dia tau. Waktu inilah korang kena jelaskan pada dia kenapa korang rasa sangsi dengan kekasihnya. Mungkin korang rasa dia panas baran dan boleh melukakan hati sahabat korang itu.

Namun, kalau sahabat korang tak nak dengar apa yang korang cakap. Korang kena hormati juga pendirian dia untuk bersama dengan lelaki pilihannya. Kalau korang dah cuba buka hati tapi tetap tak boleh. Kurangkan masa untuk korang berjumpa dengan kawan karib korang dan kekasihnya bagi mengelakkan korang rasa tak selesa.

Jadil, inilah yang sis lakukan bila tersepit di antara dua pilihan. Sis pun tak nak kawan karib sis tak bahagia pula. Jadi, sis hormat keputusan dia dan dia juga hormat keputusan sis untuk menjauhkan diri dari mereka. Kalau korang pula, apa pilihan yang akan korang buat ya?

via GIPHY

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my