DhiaLova

Apa nak buat bila dah gaduh dengan bestfriend sendiri?

Oleh  | 

MANA-mana perhubungan pun mana ada yang selalu bahagia. Mesti akan ada berselisih faham, marah, dan sedih sikit. Benda macam inilah yang akan membuat kita lebih mengenali perangai sahabat kita dan membuat kita terbuka hati untuk saling memaafkan serta menerima kekurangan.

Bila benda macam ini terjadi dalam hidup korang, apa yang perlu korang fikirkan ialah cara terbaik untuk memperbaiki kembali hubungan yang sudah tegang ini. Berikut adalah antara beberapa benda yang sis boeh cadangkan untuk korang buat.

via GIPHY

Cari sebab korang tak gaduh

Nak atau tak, korang memang kena bincang juga apa sebab korang jadi macam ini. Cuba telusuri apa sebab korang bertengar. Mungkin benda itu kecil bagi korang tapi tidak bagi dia. Bila dah heart to heart, semuanya akan jadi tenang dan jelas.

Tak semua benda dekat member korang tu buruk

Janganlah sebab korang bergaduh hari ini terus korang  lupakan segala kebaikan kawan korang. Jangan tipu diri sendiri dengan hanya memandang benda buruk je dekat kawan korang tu.

via GIPHY

Buka hati untuk minta permohonan maaf

Kita semua tahu yang minta maaf adalah benda wajib kena lakukan bila dah buat salah. Walaupun korang rasa bukanlah kornag yang salah. Tapi kalau dengan minta maaf boleh tamatkan permusuhan, apa salahnya.

Buka buku baru

Perdebatan masa lalu tak payah la nak dipanjangkan. Kalau korang berdua dah serius nak berbaik, jangan ada salah satu yang cuba nak ungkit balik. Bukalah buku baru dan mulakan persahabatan seperti biasa.

via GIPHY

Ingat tau, setiap perhubungan yang pulih selepas bergaduh adalah kesempatan baru. Kalau korang dah berbaik kembali, jangan memandai pergi buat benda yang boleh buat member korang tawar hati.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my