Kolaborasi

Apa nak buat bila kita ‘start’ rasa kehilangan diri sendiri?

Oleh  | 

ADA banyak watak yang akan kita temui sepanjang mengenal makna hidup. Ada yang betul-betul ikhlas dan baik menemani kita. Ada juga yang hanya mengambil kesempatan atas kelebihan yang kita miliki. Ada juga yang baik di depan, tapi sebenarnya gunting dalam lipatan.

Kesakitan dan kepercayaan yang telah musnah akan menjadikan kita sedikit lesu. Kita cenderung mengabaikan perasaan itu dan memilih untuk berpura-pura tidak memikirkannya. Tapi hati-hati, sebab berpura-pura bahagia boleh membuatkan kita mengabaikan diri sendiri sehingga kita berasa begitu terasing. Kata lainnya, ia membuat kita kehilangan diri sendiri.

Ini beberapa cara yang sebenarnya membantu kita untuk menghadapi rasa kesedihan dengan lebih sihat.

Beri laluan kepada kesedihan

via GIPHY

Berasa sedih bukanlah sesuatu yang salah. Sebab itulah Tuhan menciptakan pelbagai perasaan dalam diri kita termasuklah kesedihan. Berikan waktu untuk diri kita meratapi sebuah kesedihan tak kisahlah apapun sebabnya sama ada dikhianati oleh orang yang dipercayai, ditipu atau ditinggalkan.

Buat benda yang disukai

via GIPHY

Untuk menemui kembali diri sendiri yang hilang, ia tak akan terjadi dengan hanya menangis. Senaraikan apakah perkara yang korang sukai walaupun ia kedengaran sangat kecil seperti mendengar bunyi hujan. Korang akan belajar untuk kembali mencintai diri sendiri walaupun ia mengambil masa sehingga berminggu-minggu. Jujurlah dengan diri sendiri. Jika ini memang masanya untuk melangkah pergi, pergilah. Jangan terus mengurung diri dalam kesedihan.

Meluaskan kenalan

via GIPHY

Bertemu dan bergaul dengan kawan-kawan baru boleh membantu korang melihat dunia dengan pandangan yang lain. Bersahabatlah dengan mereka yang positif dan penyayang. Secara tidak langsung, ia akan memberikan aura dan sokongan padu untuk membantu mengubati kesedihan. Kurangkan bertemu dan bergaul dengan mereka yang akan memberikan pengaruh buruk kepada korang. Bukan apa, ia akan memberikan kesan yang buruk kepada diri sendiri.

Menulis jurnal

via GIPHY

Sis pernah bertemu banyak orang yang patah hati. Entah kenapa, patah hati membuatkan mereka menulis sesuatu yang indah. Luahkan apa yang korang rasa melalui penulisan. Tak kiralah jika ia sedih atau perasaan lain yang memilukan. Tulis seluruh perasaan yang menyedihkan itu dengan teliti. Bukan itu sahaja, tuliskan perkara yang membuatkan korang  happy dan bahagia setiap hari. Ia akan menjadikan korang lebih bersyukur dan menghargai apa yang korang ada.

Melawat tempat menarik

via GIPHY

Jangan duduk berkurung di dalam bilik dan menangis. Keluarlah ke tempat-tempat baru dan ciptalah kenangan bersama mereka yang banyak memberikan sokongan. Dengan mengunjungi tempat baru dan suasana baru, ia akan memberi vibes yang segar. Lagi seronok kalau tempat itu murah dan best gila macam Sunway Lost World of Tambun kan?

Ingat, kalau ada matahari selepas hujan. Mesti ada kegembiraan selepas kesedihan asalkan kita terus berjalan dan tidak berputus asa dalam kehidupan.

 

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my