D-Life

Apa nak buat bila korang ‘jealous’ dengan ‘life’ orang lain dekat IG?

Oleh  | 

DENGAN kehadiran media sosial seperti Instagram, Twitter atau Facebook. Semua benda boleh kita dapat dan kita kongsikan kepada semua masyarakat dunia.

Pernah tak terdetik dalam hidup korang satu perasaan loser kalau nak dibandingkan dengan kawan-kawan atau influencers yang korang tengok dekat Instagram?

via GIPHY

Benda ni bukan korang sahaja alami. Memang kita akan selalu membandingkan apa yang kita miliki dengan orang lain. Kesannya, kita mungkin terasa rendah diri dan memberi kesan yang buruk kepada keadaan mental kita.

Jadi, korang kena bina satu tembok dan benteng untuk pastikan korang tak mudah berasa dengki dan iri hati dengan kegembiraan orang lain.

via GIPHY

Perasaan ini timbul kerana kita tak memiliki pencapaian, kualiti, hasrat dan barang yang dimiliki orang lain. Tapi, bukanlah ia sesuatu yang buruk. Korang boleh gunakan perasaan ini untuk membuatkan diri korang lebih bermotivasi.

Macam mana? Okey, mari sini sis nak ajar.

Kurangkan masa di laman sosial

Orait, berapa kerap masa korang gunakan untuk melayari media sosial?

Apa kata mulai sekarang, korang kurangkan penggunaan laman sosial. Korang cuba buat aktiviti di luar macam bersukan dengan kawan-kawan atau pergi hiking dan dekat diri dengan alam ke.

Unfollow

via GIPHY

Korang kena percaya kepada kuasa butang unfollow. Ha! Kalau dah asyik iri hati sangat dengan kebahagiaan orang lain. Boleh dah kot korang slow-slow unfollow diorang.

Menyebarkan kebaikan

Kalau orang lain boleh sebarkan kebahagiaan. Korang pun boleh lakukan perkara yang sama. Korang boleh start sebarkan kebahagiaan atau apa-apa yang buat korang gembira. Dengan harapan korang pun akan bahagia sekali. Dengan ini, korang akan jadi terlupa untuk merasa dengki dengan orang lain dan fokus kepada diri sendiri.

Jangan bandingkan

via GIPHY

Orait, ini pesanan sis yang terakhir dan penting. Berhenti membandingkan diri korang dengan orang lain. Setiap orang ada sisi lain yang disembunyikan. Mungkin orang yang korang ingat selalu bahagia itu sebenarnya sedang sedih di belakang. Kita tak tahu. Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki.

Carilah perkara yang memberi inspirasi dan siapa tahu korang pula akan jadi ‘seseorang’ di masa hadapan. Kan?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my