DhiaLova

Apa nak buat bila lelaki menghilang lepas ‘first date’?

Oleh  | 

URUSAN cinta dan perasaan, selalu ada banyak drama dan dilemanya.

Antaranya ialah apabila orang yang kita sukai tidak memiliki perasaan serupa. Well, situasi ini mungkin banyak dihadapi oleh korang dekat luar tu.

Kalau korang dah pergi first date tapi lepas tu lelaki itu menghilang tanpa jawapan. Mesti korang pun tertanya-tanya dan mula la overthinking.

Apapun, jangan panik dulu. Jom kita tengok apa kata pakar perhubungan Madeleine Mason Roantree tentang alasan kenapa lelaki menghilang lepas first date.

Suka orang lain

via GIPHY

Okey kebenaran kadangkala memang pahit lebih-lebih lagi bila itu ialah first date kita. Tapi jangan putus asa. Korang masih boleh bangkit dan mencari cinta baru.

Sibuk sibuk dan sibuk

via GIPHY

Memang benda ni kedengaran sangat klise, tapi ia memang boleh terjadi di dunia nyata. Ada yang sangat tekun dan sibuk pada pekerjaan sehingga lupa tentang diri sendiri. Apalagi urusan hati. Hal ini biasanya terjadi kepada mereka yang mempunyai sifat pelupa.

Tak tertarik pada korang

via GIPHY

Mungkin dia tertarik dengan cara kamu chat di Whatsapp. Namun setelah berjumpa di alam nyata ternyata korang bukanlah pilihan hatinya. Jadi, kalau dia tidak tertarik kepada korang, jangan kecewa.

Kadang-kadang ia bukan salah kita pun, tapi salah dia sebab tak boleh memandang kekurangan kita sebagai keistimewaan.

Mungkin juga dia yang tidak sabar untuk menggali sisi romantis yang ada dalam diri kita. Maka, dia berputus asa tanpa berusaha terlebih dahulu.

Apa nak buat?

Dalam keadaan macam ini, korang jangan bersedih terlalu lama. Cepat move on dan melanjutkan hidup.

Jangan buat andaian yang bukan-bukan sehingga kita terperangkap dalam dilema yang kita reka sendiri.

via GIPHY

Lagi bagus kalau korang terus bertanya kepada lelaki itu apa alasan dan sebab. Suruh dia jujur dan berterus terang. Tak adalah nanti korang ternanti-nanti.

Bukan apa, jangan kita buang-buang waktu hanya untuk menunggu dan berharap kepada seseorang yang tidak pun mempunyai perasaan yang sama kepada diri kita. Ok girls?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my