D-Life

Apa nak buat bila mak mertua korang sejenis toksik?

Oleh  | 

KALAU zaman bercinta dulu kekasih kita sahaja benda yang perlu kita ambil kisah. Tapi kalau dah berkahwin ini, dengan keluarga dia sekali kita kena kisah. Memandangkan kita dibesarkan dengan cara hidup dan perangai yang berbeza, maka berlakukan beberapa perkara yang tak selari antara korang dengan mak mertua.

Benda tak sehaluan dengan mak mertua ini memang boleh jadi tekanan paling dasyat terutama sekali waktu ada majlis keramaian bersama keluarga. Siapa yang suka bila mertua over sangat nak ambil tahu dan komen tentang semua benda. Jenama sabun basuh lah, cara sidai baju lah, waktu tidurkan anak lah, cara masak lah dan ada juga mertua yang suka datang rumah mengejut sukahati. Hais, memang serabut.

via GIPHY

Kalau nak cerita dekat suami pun, dia pun mana nak dengar sangat kita bercakap buruk tentang emak dan keluarga dia. Jangan sedih sebab team Dhia always got your back! Ini ada beberapa benda yang korang boleh fikirkan untuk buat.

Chill!

Okey sis tahu korang rasa nak mengamuk, tapi ambil nafas dalam-dalam dan hembuskan. Langkah pertama yang korang perlu buat ialah bertenang. Duduk dekat satu tempat yang sunyi dalam rumah korang dan fikirkan berapa lama dah sebenarnya konflik korang dengan mak mertua.

via GIPHY

Sebab segala keputusan yang keluar daripada otak waktu kita tengah marah memang memudaratkan. Kalau korang dah bertenang, barulah korang boleh berfikir secara rasional senario apa yang mak mertua pernah lakukan dekat korang.

Betul ke masalah dia dengan korang?

Cuba letakkan empati korang yang paling tinggi. Bayangkan korang di tempat mak mertua korang. Selidik betul-betul masalahnya bermula dari mana. Adakah ia berpunca dari diri korang atau suami korang. Ada tak kemungkinan layanan yang tidak baik diberikan mertua korang berpunca daripada kekecewaaan dia terhadap suami korang tang macam tak mengendahkan dia? Kalau korang rasa point itu valid, jadi korang kena suruh suami korang meluangkan masa lebih sikit dengan ibu dia. Sebab mak mertua korang nak juga rasa dihargai.

Nak buat macam mana lagi

via GIPHY

Korang pun dah kena berhenti meletakkan expectation yang tinggi. Kalau kawan korang boleh lepak shopping dengan mak mertua dia tapi korang tak. Jangan sedih. Terima sahajalah keadaan mak mertua korang yang tak sebulu ni. Marilah kita berfikir secara realistik. Tak apalah kalau tak dapat nak rapat macam orang lain. Asalkan tak bergaduh, okey lah.

Tak payah nak beriya sangat

Korang tak payah lah nak dapatlkan approval mak mertua korang untuk semua benda. Cara nak jaga anak lah, jenama sabun lah. Beli je apa yang korang fikir terbaik.

via GIPHY

Tak payah sikit-sikit nak tanya mak mertua korang okey ke tidak. Kalau korang suka, tapi dia tak. Biarkan. Kalau tak, mahu gila korang jadinya.

Jangan sama level dengan dia

Tapi kalau dah macam cara korang buat tapi kak mertua korang cam tu juga perangai. Korang kena ingat, bahawa orang toksik ini akan muncul di mana-mana sahaja tanpa mengira siapa.

via GIPHY

Boleh jadi orang itu ialah mak mertua korang. Walau apapun yang dia lakukan dekat korang. Jangan pergi ke level dia dengan menjadi biadap. Ambil masa untuk bercuti dan jauhkan diri dari mak mertua korang. Jangan pendam, luahkan perasaan korang dekat kawan-kawan rapat.

Baiklah, itu sahaja yang sis boleh kongsikan. Ingat, kebahagiaan korang adalah milik korang. Bukan orang lain. Bye!

Sumber: Psychology Today

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my