DhiaLova

Apa nak buat bila ‘parents’ tak restu hubungan cinta korang?

Oleh  | 

TAK ada yang lebih menyedihkan bila hubungan cinta yang dibina bersama kekasih tidak direstui oleh keluarga. Tak ada yang lebih memeningkan kepala selain daripada terperangkap di dalam dilema untuk memilih kekasih yang dicintai atau keluarga sendiri. Ada orang cakap, restu ibu dan ayah adalah sangat penting untuk kita melayari bahtera rumahtangga. Kalau mereka tak bersetuju dengan pilihan kita, mungkin ada sesuatu yang tak kena dengan lelaki itu.

Tapi, ada banyak sebab lain juga kenapa mereka macam tak berkenan. Bukanlah kekasih korang jahat. Tapi mungkin ibu bapa korang sendiri ada beberapa situasi yang menyebabkan dia tidak bersedia melepaskan tangan korang kepada seorang lelaki lain. Mungkin juga kekasih korang tak memenuhi cita rasa menantu yang dia inginkan selepas menimbang  keperibadian, status ekonomi, bangsa dan latar belakang budaya. Ingat ya, tak semua keluarga ada pemikiran yang sama seperti kita.

via GIPHY

Ada juga kes ibu bapa yang berasa cemburu dan tidak bersedia anak mereka dijaga oleh orang lain. Biasanya ia dialami oleh ibu atau bapa yang sudah bercerai dan teringat hubungan cintanya yang tak berjaya. Berikut adalah beberapa benda yang korang boleh lakukan untuk deal dengan situasi ini.

1) Temukan mereka dan biarkan mereka berbual

via GIPHY

Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta. Apa kata korang temukan parents dengan kekasih korang supaya dia ada ruang dan peluang untuk mengenali kekasih korang lebih dekat. Contohnya korang jemput kekasih korang untuk makan malam bersama-sama keluarga. Suruh kekasih korang berborak tentang perkara yang boleh menarik minat ibu ayah korang. Tapi jangan expect yang ibu ayah korang akan cepat menerima kekasih korang dengan cepat. Tak apa, perlahan-lahan. Lepas ni, temukan mereka sekali lagi.

BACA: Cuak! Elak awkward moment jumpa bakal mertua dengan…

2) Pertimbangkan perasaan ibu ayah korang

via GIPHY

Selain dari bersifat defensive, sis cadangkan korang duduk ditempat mereka dan cuba memahami kenapa mereka berfikir sedemikian. Apa agaknya yang membuatkan parents korang susah betul nak buka hati terima kekasih korang. Lepas itu, barulah korang boleh plan projek nak pikat hati mereka kan?

3) Set boundaries kalau parents korang asyik bashing kekasih

via GIPHY

Kalau ibu dan ayah korang asyik bashing dan cakap benda tak elok tentang kekasih korang. Sudah masanya korang bina jarak dengan ibu bapa korang. Korang dah patut kurangkan informasi dan bercerita tentang kekasih korang dekat mereka. Tak payah la nak update perhubungan korang dekat ibu dan ayah korang.

4) Tak boleh ubah apa yang mereka fikir

via GIPHY

Kalau segala usaha telah dilakukan tapi mereka masih bertegas tidak mahu menerima kehadiran kekasih korang. Korang juga memahami keputusan mereka itu. Tapi kalau korang rasa alasan mak dan ayah korang tak munasabah dan korang yakin dengan keputusan untuk menikahi kekasih korang. Korang hanya perlu katakan kepada mereka bahawa ini adalah keputusan korang sendiri. Ceritakan kebaikan kekasih korang dan keyakinan korang bahawa mereka boleh menjaga korang hingga akhir hayat.

Apapun, cubalah selamatkan perhubungan ibu dan ayah korang. Mungkin bila diorang dah nampak kita berusaha, maka mereka akan terbuka hati menerima pilihan kita. Doa banyak-banyak dan jangan mudah menyerah.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my