Kolaborasi

Apa nak buat kalau kita kena jumpa dengan orang yang kita tak suka?

Oleh  | 

SETIAP hari kita akan berjunpa dan bercakap dengan manusia. Daripada orang yang kita suka sampailah kepada orang yang selalu buat darah kita mendidih. Kadangkala kita pun tak pastilah kenapa orang membenci kita. Mungkin mereka cemburu, yelah kita ada bakat yang dia tak ada. Opss!

via GIPHY

Kalau nak difikir secara relevan, kita mungkin tak selalu sangat bercakap dengan orang yang kita menyampah. Tapi kalau korang dah sekelas atau satu tempat kerja. Mesti korang akan kena berhubung dan hadap juga golongan yang macam ini. Bertenang. Sebenarnya ada cara macam mana korang dah lebih bersedia kalau berurusan dengan mereka.

Mental kena ready sis

Banyak data dah menunjukkan kalau seseorang itu dapat bersedia mental awal-awal, maka mereka akan kurang risiko untuk bergaduh. Korang dah boleh meramalkan bagaimana  agaknya situasi korang nanti dan berapa lama agaknya korang akan bercakap dan apakah benda yang akan korang sembang nanti?

via GIPHY

Kena cukup tidur

Dah macam nak pergi berperang kan? Tapi sebenarny kalau korang tak cukup tidur dan penat, mood korang akan menjadi lebih teruk. Kalau mood korang baik, barulah korang akan lebih penyabar dan mudah nak bertolak ansur.

Jangan nampak sangat

Sebenarnya fizikal kita akan memberi reaksi terhadap segala emosi yang kita alami tau. Kalau korang dah rasa dada korang panas. Sila tarik nafas dalam-dalam sebab ia adalah petanda yang kemarahan sedang membara dalam diri korang. Lepas tu gosok sikit kepada korang sebab ia boleh membantu badan korang relax.

via GIPHY

Jangan nak ambil hati sangat

Bila orang lain buat kita rasa down, mestilah kita akan mula tak selesa dengan dia. Tapi, tak mengapa kalau kita tak disukai. Normal la. Tak payah nak terlalu ambil kisah sangat. Korang kena bezakan bagaimana orang lain memandang kita dengan bagaimana kita melihat diri kita sendiri. Mana-mana yang korang rasa teguran personal, abaikan. Mana yang baik, silakan ambil.

Jumpa orang yang boleh naikkan semangat kita

Sangat normal untuk korang rasa sedih bila jumpa orang yang selalu provok dan perlekehkan korang. Jadi, korang boleh berjumpa dengan kawan-kawan yang boleh naikkan semangat korang. Luahkan apa yang korang rasa dekat dia. Benda macam ini akan buat korang kembali rasa dicintai dan disokong.

via GIPHY

Kadangkala orang toksik ini kita tak perlu nak ambil pusing sangat. Sekuat apapun kita cuba jadi baik tapi dia tetap tak boleh terima kita. Jadi apa yang korang boleh buat ialah abaikan sahaja dan jlani sahaja kehidupan kita semua. Jangan stres, pergi je manjakan diri korang dekat spa. Sekarang tengah murah dekat Superdeals tau. Enjoy!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my