Dhiaventure

Apa nak buat kalau pesawat korang delay tiba-tiba?

Oleh  | 

NAMAPUN travel, jadi memang akan ada benda yang tak diduga berlaku di sekeliling kita. Boleh jadi jadual penerbangan kita ditangguhkan atau dibatalkan akibat daripada keadaan cuaca yang tak mengizinkan. Lebih-lebih lagi kalau kita melancong ke negara yang mengalami bencana seperti berlaku gempa bumi atau gunung berapi meletus.

Tak ada sesiapa yang nak duduk dekat lapangan terbang lama-lama. Kalau korang mengalami peristiwa ini semasa travel, jangan cemas dan ikutilah tips ini ya!

Jaga emosi

Memanglah korang berhak nak marah sebab segala aktiviti korang dah lari daripada perancangan asal. Tapi jangalah terlalu beremosi dan lepaskan kemarahan korang dekat petugas di kaunter balai pelepasan. Tak maniskan anak dara jerit-jerit macam tu?

via GIPHY

Berehat

Anggap sahajalah bila pesawat korang ditangguhkan jadual penerbangan, ia sebenarnya memberikan ruang untuk korang berehat. Tanya kepada petugas di sana bila agaknya penerbangan korang yang seterusnya. Lepas itu, varilah tempat duduk yang nyaman untuk korang berehat seketika. Kalau pesawat korang ditangguhkan sehingga 6 jam, tak salah kalau korang nak keluatkan sedikit duit untuk bersantai dekat lounge.

BACA: Hati ni nak  sangat  travel tapi sis cuak la naik pesawat!

Semak media sosial

Korang boleh juga semak media sosial. Mana tahu ada yang beri update terkini tentang apa yang berlaku sehingga pesawat korang ditangguhkan.

via GIPHY

Ketahui hak

Kalau korang membeli insuran perjalanan saat membeli tiket, korang sebenarnya boleh menuntut hak tersebut bila berlaku perkara seperti ini. Baca balik persetujuan yang dicatatkan dalam polisi insuran berkenaan.

via GIPHY

Terokai lapangan terbang

Kalau korang nak tahu, setiap lapangan terbang mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Siap ada pusat beli-belah dalam itu. Hotel transit pun ada. Kalau korang nak segarkan badan, bolehlah ke sana. Tapi jangan sampai terleka tau.

Sambil-sambil itu, bolehlah korang makan dan minum sementara tunggu pesawat berlepas. Nampaknya itu sahaja yang sis boleh cadangkan korang buat. Kalau pesawat korang tunda, apa pula yang korang akan buat ya?

Sumber: CNN Indonesia

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my