D-Life

Apa nak buat waktu ‘me time’ kalau dompet tengah sengkek?

Oleh  | 

KALAU korang dah terlalu sibuk bekerja dan buat assignment kuliah. Sis cadangkan korang ambil sedikit masa untuk me time supaya korang tak burn out.  Kalau selama ini korang ingat nak manjakan diri kena ada duit yang banyak. Ternyata korang silap. Banyak sahaja aktiviti yang tak payah guna duit banyak pun untuk buat korang gembira.

Jadi, hari ini sis nak berkongsi sikit antara me time yang korang boleh buat bila beg duit korang tengah kempis.

Makan coklat hitam

Alah, banyak sahaja coklat yang murah. Korang tak payahlah beriya nak makan coklat yang harga sampai RM60. Benda manis macam coklat ini sebenarnya sangat baik untuk menurunkan tekanan darah dan melancarkan aliran darah.

Nyalakan lilin aromaterapi

Bau haruman aromaterapi ini kadangkala seakan-akan memberi kita sebuah perasaan yang lain. Mood kita tiba-tiba jadi baik dan fikiran kita terasa sangat lapang. Jadi apa kata sebelum tidur, korang nyalakan lilin aromaterapi. Esok hari lepas korang bangun, korang akan terasa sangat bersemangat dan segar. Cubalah!

Tengok cerita lawak

Tak payah pergi pawagam. Korang boleh sahaja tengok video lawak dekat rumah. Youtube kan ada. Lepas tu korang bebas untuk gelak sekuat-kuat alam sampai korang terlupa masalah yang ada dekat kepala itu.

 

Tidur

Dah lama korang tak ada tidur yang cukup, kan? Apa kata korang tidur dalam keadaan yang paling selesa. Sebelum tidur, mungkin korang boleh letak mask dulu ke sambil pasang muzik yang menenangkan.

Teh

Teh sebenarnya mempunyai satu aura yang boleh membuat kita tenang. Korang minumlah Chamomile tea yang memang terbukti mempunyai manfaat mengurangkan tekanan. Lagi seronok kalau minum teh sambil hujan dekat luar. Pergh, lain macam feeling kita!

Jadi, tak payah tunggu lagi. Malam ini pun korang boleh start cuba!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my