Dhiaventure

Apa nak kena prepare kalau travel waktu musim hujan?

Oleh  | 

DISEMBER adalah kemuncak bagi negara-negara Asia dilanda musim hujan. Biasanya kalau korang tengok pagi macam cerah, tapi pukul 12 tengahari macam itu langit akan mula mendung. Tapi ramai je yang travel hujung tahun macam ini sebab nak luangkan masa dengan keluarga.

Ada juga pakej travel yang menawarkan harga lebih murah waktu bulan Disember ini. Tapi ada juga benda yang korang kena bersedia bila nak travel waktu musim hujan macam ini.

Oleh sebab langit selalu mendung, jadual penerbangan korang mungkin akan ditunda berkali-kali. Ada juga kes yang lebih serius apabila penerbangan korang mungkin dibatalkan.

via GIPHY

Selain itu korang kena update selalu apa-apa berita sebelum ke tempat yang korang nak pergi. Bukan apa, sedih tau kalau tiba-tiba tempat yang korang nak pergi itu tutup sebab banjir.

Antara benda lain yang korang kena buat ialah persediaan mental kalau tiba-tiba berlaku sesuatu macam hujan petir, eletrik terputus, dan pokok tumbang.

via GIPHY

Korang juga patut bawa baju yang cepat kering. Manalah tahu kalau tiba-tiba hujan waktu korang tengah berjalan nanti kan?

Pendek kata, travel waktu hujan ini mungkin akan membataskan sedikit pergerakan korang. Tapi kalau korang yang tak kisah dan tak anggap pun ia sebagai perkara yang menghalang korang untuk mengembara. Why not?

Sumber: CNN Indonesia

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my