Serious?!

“Apa orang kata tentang kita itu bukan urusan kita”- Sharifah Amani

Oleh  | 

PELAKON kecil molek yang terkenal menerusi lakonannya dalam beberapa filem Yasmin Ahmad iaitu Sharifah Amani sememangnya dikenali dengan ‘kelantangannya’ dalam melontarkan pandangan terhadap industri lakonan di Malaysia. Baru-baru ini timbul desas-desus mengatakan wanita berusia 32 tahun ini sedang merajuk dengan industri lakonan dan mengambil keputusan untuk berehat sebentar daripada aktiviti lakonannya.

Namun, tidak akan ada seorang pun selebriti yang akan terlepas daripada menjadi topik bualan netizen termasuklah Sharifah Amani. Mesra disapa sebagai Nani, pelakon ini membuka ceritanya tentang golongan-golongan manusia yang sememangnya suka mengambil tahu tentang dirinya.

Menurut Nani lagi, semakin lama kita dalam industri semakin banyak perkara tentang kita yang akan diselidik oleh orang ramai sehingga Nani menyifatkan golongan seperti ini persis memakai mikroskop untuk mencari kuman.

Image result for sharifah amani

Foto: Malaysiagazzette

“Kita tak boleh nak halang orang daripada mengambil tahu tentang diri kita. Lebih lama kita berada dalam industri, lebih ramai manusia yang akan cari tahu tentang kita seperti mencari kuman dengan menggunakan mikroskop. Apa orang nak kata tentang kita itu bukan urusan kita. Inilah realiti yang perlu saya hadapi sebagai seorang anak seni,” luah Nani.

Ditanya tentang insiden baru-baru ini dimana Nani tidak muncul dalam acara Festival Filem Malaysia (FFM30) pada saat akhir, pelakon filem Gubra ini menjelaskan bahawa dirinya tidak suka berpura-pura meraikan penggiat-penggiat seni di acara itu tetapi realitinya masih ada penggiat seni yang perlu bersusah payah untuk mencari rezeki demi menyara keluarga mereka. Dia berharap agar semua penggiat seni bersatu dalam mengetengahkan isu ini.

Pergh, memang deep kata-kata Nani ni, jangan sangka orang kecil molek tak boleh jadi lantang tau. Keberanian Nani dalam menyatakan pendapatnya sememangnya perlu dicontohi kerana tak semua manusia mampu mengakui sesuatu kebenaran yang pahit. Dek kerana wajah Nani semakin jarang kelihatan di layar televisyen, sis rasa terpanggil untuk bertanya kepada nani tentang tawaran lakonan yang diterimanya ketika ini.

Related image

Foto: Harian Metro

“Drama Melayu ketika ini terlalu menunjukkan kaum wanita terlalu bergantung kepada lelaki. Saya kurang berkenan babak wanita merayu-rayu dan meraih simpati kepada lelaki seperti lelaki itu sahaja yang mereka ada dalam hidup mereka. Namun, dalam dunia realiti masih ada wanita yang boleh hidup berdikari tanpa bergantung sepenuhnya kepada lelaki. Jika ada watak wanita seperti itu, saya akan terima,” jelas Nani lagi.

Haa, betul juga apa Kak Nani kita cakap tu. Pada pandangan sis sendiri, cerita-cerita yang ada pada ketika ini perlulah lebih realistik dan related dengan kehidupan sebenar masyarakat kita. Barulah lebih menarik dan dekat di hati kita kan?

Apapun, semoga Sharifah Amani sentiasa sukses dalam menjadi anak seni. Dhia sentiasa sokong sis, you go girls!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my