Serious?!

Apa sebab mall bagi diskaun murah gila waktu Black Friday

Oleh  | 

KORANG mesti dah biasa dengar  shooping pada tarikh 11.11 iaitu hari orang single selalunya lebih murah daripada biasa?

Tapi, sebenarnya ada satu lagi hari yang semua orang terutamanya perempuan akan histeria sebab banyak pusat beli-belah akan tawarkan harga yang murah gila nak mati pada hari Jumaat. Hari tersebut dipanggil Black Friday.

Bukan setakat pusat beli belah yang bagi diskaun, website pun sama. Pendek kata, kalau nak beli barang yang selalunya harga mahal gila, korang boleh dapat harga menjunam murah waktu tarikh ini. Tapi sebab apa wujudnya Black Friday ? Ha pastikan korang baca sampai habis.

Black Friday sama ke dengan Black Panther ?

Sama ke? Tak ada kena mengena sebenarnya. Black Friday adalah sehari selepas Thanksgiving. Kat Amerika selalunya diorang sambut Thanksgiving ini hari Khamis. Black Friday ini akan jatuh pada hari Jumaat minggu keempat. Memang nama dia dengar macam seram. Tapi tak ada apapun sebenarnya.

Apa nak beli waktu itu?

Ha, beli je la apa sahaja yang korang mampu. Tapi kalau korang nak beli barang dekat luar negara melalui atas talian, inilah masa yang sesuai sebab kadang-kadang diorang boleh bagi potongan harga sampai 80 persen! Jadi, jangan lepaskan peluang okay.

Senaraikan dulu barang yang korang betul-betul nak. Jangan membazir pula. Mana yang tak berapa penting itu tunggu je la Black Friday tahun depan. Tak pun tunggu jualan akhir tahun.

via GIPHY

Jadi, macam itulah ceritanya. Dah tahu kan apa yang jadi lepas ini? Apalagi, selamat berbelanja!

Sumber: Detik

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my