Serious?!

Apa sebab Neelofa menangis tiap kali doa soal jodoh?

Oleh  | 

JODOH adalah ketentuan dan rahsia Tuhan yang paling agung. Tiada siapa boleh menduga dengan siapa agaknya kita bakal menghabiskan sisa kehidupan ini. Baru-baru ini usahawan terkenal, Neelofa berkongsi perasaan tidak dapat menahan sebak setiap kali berdoa tentang jodoh.

“Saya akan menangis setiap kali menitipkan doa mengenai perkara itu . Saya mohon agar Allah berikan saya pasangan yang baik, bukan sahaja membahagiakan saya. Tetapi termasuklah keluarga, pihak pengurusan, peminat, rakan media, dan semua orang,” kata Neelofa dalam satu perkongsian seperti yang dilaporkan akhbar tempatan.

 

View this post on Instagram

 

Yesterday, @neelofa shared with us a dua’a she often reads in her prayer, “Ya Allah yang Maha Pemurah, Maha Perancang, berikanlah aku rezeki seluas langitMu, rezeki yang berkat, rezeki yang tidak pernah putus seperti air Zam-Zam Mu, rezeki yang bertebar ke seluruh dunia seperti bertebarnya air Zam-Zam Mu, rezeki yang membawa kebaikan, yang membawa aku ke syurgaMu, rezeki yang tidak disangka-sangka, rezeki yang menjangkau akal-fikiran, rezeki yang membantu aku untuk berdakwah, rezeki yang boleh membawa aku, keluarga, sahabat, guru-guru, dan semua yang mengenali aku ke syurga” Catch her session in Naura Shares on 9th August 2019 at 9pm, only on NAURA, channel 125. #naurashares

A post shared by N A U R A (@naurashares) on

Ditanya apakah yang membuatkan Neelofa begitu tersentuh, pengacara terkenal itu juga tidak tahu apa yang membuatnya begitu terkesan setiap kali membaca doa tersebut.

“Banyak mata yang memandang saya. Bakal pasangan saya bakal menjadi perhatian semua pihak. Dia boleh memberi impak kepada banyak orang” akui Neelofa yang mempunyai 6 juta pengikut di Instagram setakat hari ini.

Neelofa berkongsi cerita itu ketika ditanya oleh pengacara di majlis tersebut tentang apakah perkara yang boleh menyebabkan Neelofa menangis ketika berdoa.

Walaupun kariernya semakin memuncak, namun Neelofa sudah melalui beberapa fasa menyedihkan apabila kisah cintanya terputus di tengah jalan. Mungkin Tuhan sedang menyimpan jodoh yang terbaik untuk Neelofa. Sama-sama kita doakan yang terbaik. Tak sabar juga nak tahu siapakah agaknya yang ditakdirkan untuk hidup bersama dengan Neelofa kan?

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my