Inspirasi Dhia

Apa sebenarnya Influencer Awards Monaco yang Neelofa bakal hadiri? Ini 5 benda korang kena tau

Oleh  | 

TAK ada siapa pun yang dapat menidakkan kehebatan kuasa media sosial. Sesiapapun boleh mejadi seorang diva atau guru dalam sesuatu perkara sehingga menciptakan fenomena sehingga menarik orang ramai untuk mengikutinya di laman sosial. Kalau seorang individu boleh mempunyai berjuta-juta pengikut di laman sosial. Bayangkan kalau 5 orang berpengaruh di laman sosial dikumpulkan. Agaknya berapakah jumlah pengikut laman sosial akan berpusu-pusu menjadi paparazi sebab nak tau perkembangan terkini mereka semua! Wow!

Menyedari ledakan kuasa media sosial, Influencer Awards ini diwujudkan tahun lalu untuk meraikan individu penting di laman sosial. Ia adalah majlis anugerah sangat berprestij dan hebatnya sama seperti Oscars dan Festival Filem Cannes apabila digabungkan!

FOTO: Instagram Influencer Awards

Neelofa sekali lagi membuat kejutan apabila namanya tercalon dalam kategori usahawan dalam anugerah berprestij antarabangsa ini. Bukan calang-calang orang terpilih ke anugerah ini. Kalau korang masih blur lagi tentang anugerah ini, meh sis beri pencerahan.

1) Influencer Award Monaco adalah sebuah majlis anugerah berprestij untuk individu yang berpengaruh di laman sosial. Ia bakal menentukan siapakah individu paling berpengaruh menerajui trend terkini dalam kategori fasyen, kecantikan, lifestyle, kesihatan, makanan, travel, dekorasi dan rumah, seni dan fotografi serta hiburan dan jenaka.

2) Juri yang bakal mengadili majlis anugerah bertaraf dunia ni pun bukan calang-calang. Tahun lalu menampilkan Celine Saint-Remy, yang juga merupakan individu berbakat yang merintis bidang pemasaran digital. Beliau juga adalah CEO agensi bakat terkenal di Perancis.

3) Lebih daripada 50 orang berpengaruh akan hadir di majlis ini dan masing-masing mempunyai berjuta-juta pengikut di laman sosial.

FOTO: Instagram Influencer Awards

4) Selain itu, ada beberapa anugerah tambahan seperti Newcomer Influencer dan semestinya anugerah yang paling dinantikan iaitu Influencer of the Year.

5) Anugerah ini dipengerusikan oleh keluarga Diraja Monaco iaitu anak kepada Puteri Stephanie bernama Pauline Ducruet.

FOTO: Instagram Influencer Awards

Apapun, team Dhia berbangga sangat dengan pencapaian Neelofa. Diharapnya Neelofa boleh mengembangkan sayapnya lebih lebar di arena antarabangsa. Good luck Neelofa!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my