Serious?!

Apa yang Abam Bocey buat sampai ramai yang turun kebumikan dia?

Oleh  | 

SAYU dan suram apabila berita pemergian Allahyarham Syed Umar Moktar Al-Juffrey  atau Abam Bocey sampai ke pengetahuan rakyat Malaysia. Ramai juga yang masih tidak percaya pelawak terkenal tanah air itu telah berangkat ke negeri abadi. Kata orang, kalau nak tahu seseorang itu disayangi atau tidak, lihatlah berapa ramai yang menghadiri ketika dia meninggal dunia. Ternyata, Abam Bocey mempunyai tempat yang istimewa dalam hati kebanyakan orang.

Bayangkan, lebih 720 jemaah yang hadir ketika solat jenazah dan lebih 2000 orang datang ke Tanah Perkuburan Sungai Pusu, Gombak untuk memberi penghormatan terakhir kepadanya. Bukan itu sahaja, beribu-ribu ucapan takziah diucapkan netizen dan rakan selebriti di media sosial.

Apa yang membuatkan Abam Bocey disayangi sedemikian rupa?

Ustaz Ebit Lew mendedahkan Abam Bocey semasa hayatnya akan ikut pergi berdakwah di tepi jalan dan bagi orang makan. Bukan itu sahaja, arwah juga sangat kuat bekerja untuk bantu mak dan adik. Arwah turut menaja perkahwinan adiknya.

Menurut Achey yang merupakan sahabat paling rapat menyifatkan Abam seorang yang pandai masak dan rajin bersedekah kepada orang yang memerlukan.

“Dia rajin bekerja semasa hayatnya dan tidak pernah bercuti walaupun sakit. 

Dia seorang yang baik dan suka menaikkan perniagaan orang walaupun perniagaan itu hampir tutup. Dia tak berkira langsung dan selagi dia boleh buat kerja dengan lebih baik untuk keluarganya, dia pasti akan lakukan.

Kami bertiga mempunyai satu hubungan yang melebihi persahabatan dan adik-beradik,” ujar Achey.

Selepas pemergiannya, lagu Sikasih nyanyian Abam menjadi trending dan disebut-sebut.

Team Dhia mengucapkan takziah kepada keluarga Abam Bocey. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh. Amin.

1 Comment

  1. Deborah

    13 February 2020 at 8:55 am

    Hi admin,, tlg la edit bahagian “beribu ribu ucapan “tahniah” daripada netizen dan rakan artis tu..

    Edit la tukar kpd “takziah “… 😪😪

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my