Dhiaventure

Apa yang ada dekat Pulau Sumba sampai Jennifer Lawrence pun honeymoon kat sana?

Oleh  | 

KHABARNYA pelakon terkenal Jennifer Lawrence dan suaminya Cooke Maroney bakal terbang ke Indonesia untuk meraikan bulan madu mereka. Lokasinya pula di Pulau Sumba, Nusa Tenggara Timur, Indonesia.

Kalau korang nak tahu, dekat Pulau Sumba ini ada sebuah hotel yang sangat mewah dan cantik. Ia pernah disenaraikan oleh majalah kembara terkenal Travel+Leisure sebagai hotel terbaik dua tahun berturut-turut.

Hotel tersebut ialah Nihi Sumba yang sebelum ini pun pernah dikunjungi oleh pelakon yang lain seperti Christian Bale dan Chris Hemsworth.

Hotel ini memiliki keluasan 530 hektar dan 33 villa.  Ia dilengkapi dengan kemudahan seperti kolam renang peribadi dan pemandangan laut yang indah.

Resort ini dibuka oleh Claudes Graves dan isterinya. Dia merupakan seorang peluncur Amerika yang mencari ombak bernama Occy’s Left. Akhirnya, dia jatuh cinta pada Sumba dan orang yang tinggal di sana.

Pada 2012, Graves bekerjasama dengan Chris Burch untuk mengembangkan ia sebagai sebuah resort paling eksklusif di dunia.

 

Resort ini juga mempunyai spa dan aktiviti lain seperti memancing, naik perahu, menyelam, main kayak, snorkeling, jet ski dan paddleboard.

Semuanya sangat privasi dan korang boleh menikmati bulan madu tanpa ada gangguan daripada pelancong di luar resort. Sebab itulah agaknya pelakon The Hunger Games itu memili pulau ini bersama suaminya.

Sumber: Kompas

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my