Inspirasi Dhia

Apa yang bahaya tentang ‘trend’ kejar ‘likes’ di Instagram?

Oleh  | 

DALAM sebuah mitos masyarakat Greek, ada seorang lelaki bernama Narcissus yang jatuh cinta kepada dirinya sendiri sebaik sahaja dia melihat pantulan dirinya di dalam kolam.

Dia merasakan dirinya lebih baik dari segi fizikal mahupun pemikiran berbanding dengan orang-orang sebayanya. Namun, dia kekurangan sifat empati dan sanggup lakukan apa sahaja untuk mendapatkan apa yang diinginkannya. Baginya, menjadi ‘normal’ dan ‘biasa’ adalah sejenis penyakit yang perlu dielakkan.

Kalau korang lihat di dunia sekarang ini, ramai yang memuat naik gambar di laman sosial.

via GIPHY

Mereka sangat mengharapkan jumlah ‘likes’  dan pengikut di laman sosial mereka. Apabila perkara ini terjadi, ia akan mendorong mereka yang  jarang mendapat perhatian dan likes yang tinggi untuk rasa rendah diri, tertekan dan mengalami depresi.

Kita dapat melihat pengalaman mereka yang terkenal berkongsi di rancangan televisyen tentang budaya menjadi obses kepada kecantikkan.

via GIPHY

Sebab itulah ada yang sanggup melakukan pembedahan plastik untuk mendapatkan wajah yang sempurna. Semua ini sebenarnya mengajar kita untuk berfikir bahawa hidup ini adalah ‘tentang aku dan aku sahaja’. Kita menjadi kurang kasih sayang dan peduli kepada orang disekeliling kita.

Hasilnya, kita jadi selesa menyendiri kerana persahabatan dan perhubungan memerlukan sifat empati, perasaan peduli dan tolak-ansur.

Maka sebab itulah, tidak hairan jika para narsistik ini sering mengalami tekanan. Adalah sangat penting sebenarnya untuk kita mengajar diri sendiri sikap untuk saling bertolak ansur sesama kita.

via GIPHY

Kita boleh mulakan dengan bertanya khabar kawan-kawan dan keluarga. Tidak dilupa juga untuk selalu bergaul dengan kanak-kanak dan menenangkan mereka yang sedang bersedih.

Semua ini akan mengingatkan kita untuk menurunkan ego dan mengingatkan diri kita betapa pentingnya untuk berasa rendah hati. Barulah ramai yang sayang nanti!

Hakikatnya, kita akan menyedari bahawa bukanlah jumlah followers di Instagram yang akan membuatkan  kita bahagia. Tapi mereka yang selalu berada di sisi kita bersama-sama mengharungi detik hidup yang sukar di dunia nyata.

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my