Sayang Dhia

Apa yang Haneesya Hanee ajar tentang ‘list close friends’ di ‘Instagram’?

Oleh  | 

SEBENARNYA kemunculan close friends di aplikasi Instagram stories tidaklah terlalu lama. Ia masih baru diperkenalkan kira-kira penghujung tahun 2017.

Aplikasi close friends di Instagram (IG) hanya membenarkan orang yang tersenarai di dalam kategori ini untuk melihat stories yang tidak dikongsikan kepada pengguna lain.

Ia sedikit sebanyak telah menyediakan ruang privasi untuk seseorang itu  berhubung dan memilih apa yang ingin dikongsikan kepada kawan-kawan yang terdekat.

Selari dengan kemajuan yang ditunjukkan teknologi, ada juga sisi gelap yang mungkin selama ini sekadar dipandang sebelah mata oleh pengguna laman sosial.

via GIPHY

Ketika memilih senarai kawan terdekat di Instagram, sudahkah kita mengenal pasti adakah mereka betul-betul rapat atau kita sekadar memilih mereka kerana pernah bertemunya untuk sekali dua?

Siapa dan apa yang kita kongsi

Ada dua benda penting yang boleh kita fikirkan untuk bercerita tentang close friends ini:

Pertama, apakah yang kita kongsikan.

Kedua, dengan siapakah cerita itu kita kongsikan.

via GIPHY

Mari kita kembali membincangkan tentang sebuah isu yang baru reda namun pernah menggegarkan tanah air apabila seorang model dan pelakon bernama Hanesya Hanee yang baru memenangi sebuah rancangan realiti pencarian bakat perlu mengembalikan gelaran juara tersebut sejurus video yang sepatutnya hanya dikongsikan pada senarai close friend di Instagram menjadi tular di media sosial beberapa hari selepas itu.

Video berdurasi hampir 26 saat itu menunjukkan aksi model tersebut  bersama kawan-kawannya di sebuah kelab malam yang telah dikongsikan hampir 10 ribu pengguna di Twitter.

Tidak cukup dengan itu, dia turut mendapat kecaman hebat daripada pelbagai pihak sehingga memaksa model tersebut menjauhkan diri daripada media sosial selama beberapa hari. Mana tidaknya, trend memalukan, mengherdik, menghina orang di laman sosial semenangnya sudah menjadi kebiasaan dan diterima oleh masyarakat.

via GIPHY

Di sebalik kritikan terhadap aksi dan perlakuan Haneesya itu yang dilihat salah dan melanggar sensitiviti agama  dan budaya masyarakat, rata-rata netizen tidak terlepas juga mempersoalkan bagaimanana video yang sepatutnya hanya dikongsikan kepada orang yang terdekat boleh tersebar betul-betul selepas model itu memenangi sebuah rancangan pencarian bakat terbitan sebuah syarikat televisyen swasta.

Pertama, adakah apa yang dilakukan model itu di kelab malam adalah sesuatu yang perlu untuk dikongsikan dan yang kedua, adalah mereka yang berada di dalam senarai close friends model berkenaan benar-benar sahabat sejati dan bukannya gunting di dalam lipatan?

via GIPHY

Bertindak lebih matang

Walaupun dunia sedang berhadapan dengan ledakan revolusi perindustrian ke-4 yang membolehkan maklumat dikongsikan dan didapatkan hanya di hujung jari. Namun kematangan dalam menggunakan teknologi ini bukanlah ditahap yang boleh dibanggakan. Pengguna harus berwaspada untuk mempertimbangkan dua perkara yang kita bincangkan awal-awal tadi iaitu apakah yang kita kongsikan dan dengan siapa ia dikongsikan sebelum memuatnaik apa-apa di laman sosial.

Generasi Y sepatutnya lebih matang dalam membuat penapisan sebelum berkongsi apa-apa kepada umum. Tiada siapa yang boleh menyangka mereka yang kita kenali boleh menjadi seseorang yang sebenarnya sudah lama menyimpan dendam untuk menjatuhkan kita.

Maka, kita perlu berwaspada dengan apa juga keadaan terutama bila ia melibatkan penggunaan di laman sosial. Tidak semua yang berada di dalam senarai close friends di alam maya benar-benar kawan sejati yang akan membantu kita.

via GIPHY

Mungkin sesekali kita perlu ketepikan jumlah followers dan senarai close friends di media sosial dan kembali memandang realiti untuk melihat dengan mata hati siapakah sahabat yang sejati.

Untuk kes Haneesya ini. Satu negara menjadi saksi bahawa walaupun ia telah dianiya oleh kawan di sosial media yang dianggap rapat, namun kejadian itu telah membuktikan bahawa orang yang akan menariknya kembali dan menerima kekurangan adalah ibunya yang wujud di alam realiti dan tidak tersenarai pun di dalam close friends list di Instagram.

Namun, sikap Haneesya untuk mengaku salah secara terbuka telah menunjukkan bahawa model tersebut sangat berani dan mempunyai hati yang besar untuk memohon kemaafan.

Gosip ini akan reda juga akhirnya, namun ia tetap sebuah pengajaran besar untuk kita semua agar berwaspada dengan siapa dan apa yang kita kongsikan di laman sosial ok girls?

 

 

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my