D-Life

Apa yang korang kena ‘consider’ kalau dapat banyak tawaran kerja?

Oleh  | 

ADA dua jenis orang dalam dunia pekerjaan ni. Pertama yang nak mati mencari kerja. Setiap malam edit resume. Kedua, jenis yang murah rezeki sampai dilamar tiga syarikat berbeza untuk bekerja dengan mereka.

Kalau korang jenis yang pertama, jangan mengalah. Kalau korang jenis yang kedua, ada beberapa perkara yang perlu korang fikirkan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. Ini ada beberapa tips yang diberikan JobStreet.com yang boleh membantu korang membuat pilihan.

Betul ke minat?

via GIPHY

Hanya korang je yang tahu apa yang korang minat dalam hidup ini. Cuba tanya dekat diri korang betul ke pekerjaan itu memenuhi citarasa korang. Bak kata orang, love what you do, do what you love. Gitu, speaking sis! Kalau korang okay dengan jobscope di luar pejabat dan balik lambat, silakan. Yelah, kita mestilah nak kerja dengan gembira dalam jangka masa panjang.

Apa cabaran yang dihadapi

via GIPHY

Korang tak boleh juga menidakkan sisi lain pekerjaan. Kornag kena juga berfikiran realistik dengan menyenaraikan apakah kemungkinan yang bakal berlaku seperti cabaran yang bakal korang tempuhi jika menerima pekerjaan tersebut. Berlaku jujurlah dengan diri. Adakah  korang mampu atau tidak memikul perkerjaan itu.

Networking

via GIPHY

Tak mungkin sesuatu perkara dapat dilakukan hanya dengan usaha kita sendiri. Sekiranya korang ingin menerima tawaran pekerjaan, cuba korang fikir ada tak mana-mana networking korang yang boleh membantu sepanjang pekerjaan ini. Contohnya team PR tak boleh bergerak power kalau tak ada bantuan media. Jadi, pastikan korang kumpul networking korang, orait?

Okeylah, itu antara perkara yang korang boleh consider.  Ada banyak cabaran bila masuk kerja baru ni. Tapi tak apa sebab sekurang-kurangnya kita dah keluar dari zon selesa, kan? well done!

Sumber: Kompas

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my