DhiaLova

Apa yang korang kena pertimbangkan sebelum bercinta dengan lelaki beza umur

Oleh  | 

MEMANG betul cinta tak mengenal paras rupa, bangsa ataupun umur. Sebab itulah korang dah banyak dengar cerita mereka yang bercinta dengan seseorang yang lebih tua. Alah, selebriti Hollywood ramai yang buat sebelum ini.

Sebut sahaja nama-nama seperti Catherine Zeta Jones dan Michael Douglas yang berbeza 25 tahun. Pasangan cantik yang seterusnya iaitu Nick Jonas berkahwin dengan Priyanka Chopra yang berbeza 10 tahun. Tak dilupakan Amal dan George Clooney yang berbeza umur 17 tahun.

Tak ada masalah untuk bercinta dengan mereka yang agak berusia daripada kita. Namun, ada beberapa perkara yang korang kena fikirkan. Kajian yang dilakukan oleh Emory University di Amerika Syarikat mengatakan mereka yang menikahi seseorang setahun lebih tua selalunya boleh mengatasi masalah rumahtangga yang ada. Mereka berbeza usia 5 tahun menghadapi risiko penceraian 18 peratus.

Namun, mereka yang berbeza usia 10 tahun lebih tua berisiko mempunyai risiko penceraian 39 peratus. Mereka yang berbeza usia 20 tahun berisiko menghadapi penceriaan sehingga 95 peratus.

via GIPHY

Walaupun begitu, korang kena bersedia beberapa perkara yang selalu dikaitkan dengan pasangan yang lebih tua.

Cakap-cakap orang sekeliling

Mulut orang kita tak boleh tutup. Ada sahaja benda yang tak kena selalu dikatakan dengan mereka yang menikahi lelaki yang sebaya umur bapanya. Contohnya mulut jahat yang cakap korang seakan-akan perempuan simpanan atau tak nampak sepadan dan sebagainya.

Salahkan usia kalau ada masalah

Korang memang akan ada fasa-fasa bergaduh. Jadi, kalau korang bergaduh mungkin korang akan selalu menyalahkan usia sebagai faktor pergaduhan rumahtangga korang. Jangan sampai suatu masa korang mula meragui umur adalah masalah besar dalam rumahtangga korang.

via GIPHY

Masalah tidak sepadan

Jarak usia dan pengalaman yang ditempuhi membuatkan masing-masing melihat dunia dengan cara berbeza. Pola pemikiran korang datang dari generasi berbeza berkemungkinan boleh menyebabkan korang tak bersetuju dan asyik berbeza pendapat.

Kalau kahwin dengan duda?

Katakanlah korang memang berjodoh dengan seorang duda yang sudah mempunyai seorang anak. Korang akan dihujani dengan pertanyaan seperti adakah korang ingin menambah bilangan anak lagi apabila sudah mendirikan berkahwin nanti. Jika korang inginkan zuriat, adakah bakal suami korang juga sama memiliki anak juga?

via GIPHY

Dia akan semakin tua lebih dahulu daripada korang. Waktu itu korang mungkin akan dilihat aneh jika sedang berjalan bersamanya. Bukan itu sahaja, tua selalu sahaja dikaitkan dengan masalah kesihatan. Bolehlah korang menjaganya jika ada penyakitnya datang menyerang di hari muka nanti?

Banyak juga orang yang berkahwin dengan mereka yang lebih tua tapi akhirnya lebih bahagia. Kalau memang betul sudah berjodoh, cakap-cakap orang diluar sana itu kita biarkan sahaja. Betul tak? Apa yang penting kita sanggup mengahadapi susah dan senang bersama-sama.

Sumber: Kompas

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my