Serious?!

“Apa yang lawaknya prank bini nak kahwin dua ni, bo***h?

Oleh  | 

ADA banyak benda yang boleh dibuat lawak dalam dunia ini. Tapi mungkin bukan isu melibatkan hati isteri dengan impian nak berpoligami. Itulah antara kecaman dan kritikan yang diberikan netizen berikutan seorang lelaki yang cuma ‘prank’ isterinya untuk berkahwin seorang lagi menerusi sebuah video yang viral baru-baru ini.

Dalam video yang berdurasi 6:16 saat itu menunjukkan seorang lelaki sedang duduk bersama isterinya. Kemudian meluahkan permintaan untuk menikahi seorang gadis yang dikenalinya. Dalam perbualan itu juga, si suami katanya tidak tahu bagaimana cintaya berputik dengan gadis yang dihubunginya menerusi aplikasi whatsapp.

Si isteri dilihat menunduk kemudian menangis memeluk anaknya yang masih kecil.

“B kenal dia dekat whatsapp tak tahu mana dia dapat nombor B.

Lepas tu kenal dan dia ajak kahwin. Tak tahu macam mana perasaan sayang, cinta  dekat dia boleh berputik  macam ini,”

Ramai juga yang respon dan tak puas hati dengan tindakan si suami. Mereka berpendapat isu kahwin dua atau poligami ini bukan sesuatu yang boleh dibuat main dan jenaka.

 

Harap lepas ini janganlah buat prank macam ini. Kesian isteri. Hati perempuan ini halus tau nak lagi dengan orang-orang yang kita cinta.

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my