D-Life

Apa yang Sam beli dengan RM20 di Rhythm Fiesta?

Oleh  | 

SELAMAT datang ke Rhythm Fiesta! Pada hujung minggu yang lalu telah berlangsungnya Rhythm Fiesta di Gamuda Gardens, Sungai Buloh. Pertama kali dianjurkan, fiesta ini bergabung dengan Foodgasmfest. Meriah giler!

Rhythm Fiesta mengetengahkan konsep gabungan tarian kontemporari dan festival makanan di tengah alam semula jadi. Ala-ala makan tengah alam terbentang, gitu!

Hah, di sini bukan sahaja ada aktiviti menarik dan makanan-makanan authentic dan contemporary fusion, tetapi ada juga pesta menari bersama-sama! Dhia berkesempatan menari bersama dengan konduktor dan semua pengunjung, mengikut rentak paluan gendang.

Selain makanan dan pesta tarian, di sana juga terdapat pelbagai aktiviti menarik dan reruai seni serta bengkel, instalasi seni, aktiviti kanak-kanak dan sebagainya.

Untuk jualan makanan acara poket Foodgasmfest pula, untuk edisi kali ini, Wafa mencabar Sam untuk berbelanja dengan hanya RM 20!

Ketika team Dhia mula-mula sampai, agak skeptikal juga takutlah kalau-kalau harga makanan di pesta makanan sebegini agak mahal.

Tetapi sangkaan kami meleset sekali, makana-makanan di sini boleh didapati dalam range harga yang pelbagai. Ada makanan yang memang berpatutan harganya, ada yang sedikit mahal bergantung kepada penyediaan.

Tetapi apa yang penting memang banyak pilihan di sini. Sebut je apa pun, makanan Melayu, makanan ala Barat, makanan munchy-munchy dan aneka pemanis mulut. Semua ada!

Jadi cabarannya ialah untuk Sam habiskan RM20 dengan membeli makanan, minuman dan juga pemanis mulut.

Apa agak-agaknya yang Sam boleh beli dengan RM20 ya? 🤔

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my