Serious?!

Apahal, perempuan botak pun cantik?

Oleh  | 

TINDAKAN pelakon Nora Danish memuat naik gambarnya yang botak mengundang pelbagai reaksi dan perhatian netizen di laman sosial.

Menerusi gambar tersebut, Nora menulis kapsyen Instagram memberi gambaran bahawa beliau sedang melakonkan watak dalam sebuah drama yang memegang watak Eva.

“Saya Eva, saya ada kanser rahim stage 4,

“Saya redha dan beruntung mempunyai suami yang sangat penyayang,

“Tapi, saya tak nak dia terus begini, saya tak nak mneyusahkan dia,

“Kalau boleh, saya nak turn back time, biar dia tak jumpa dengan saya. Biar dia kahwin dengan orang lain.

“Saya tak nak dia tersiksa”

Nora kemudian memuat naik beberapa keping foto berkepala botak secara berasingan.

View this post on Instagram

EVA.

A post shared by Nora Danish (@noradanish) on

Rata-rata memuji Nora yang kelihatan cantik walaupun botak seperti yang ditulis pemilik akaun @izyan.asri.

Manakala @naizahyusof  turut menyatakan hal yang sama dengan  menulis “Botak macam mana pun tetap cantik

Namun tidak kurang juga ada yang berkongsi kisah hidup mereka sebagai orang yang melawan kanser. Seperti pemilik akaun @makeup-ketje yang menceritakan menghidapi barah payudara sewaktu berumur 23 tahun dan berazam untuk tidak bernikah. Namun beliau bertemu jodoh dan mempunyai dua orang anak.

Gambar yang dimuat naik 8 Oktober lalu telah memperoleh 18 ribu likes sejak dimuat naik.

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my