D-Life

“Argh! aku sunyi!”

Oleh  | 

ZAMAN belajar di universiti adalah waktu yang sangat menyeronokkan. Kita tidak lagi dianggap budak sekolah hingusan dan bebas menentukan kehidupan. Hidup kita juga tidak bosan kerana dikelilingi kawan-kawan yang selalu membuat kita ketawa.

Apabila waktu itu berlalu dan kita melangkah ke fasa baharu kehidupan seperti alam pekerjaan, kita akan merasakan sebuah perasaan kehilangan dan kesepian.

Dalam sebuah kajian yang dilakukan oleh Development Psychology 2016 menunjukkan lelaki dan perempuan akan merasakan puncak kesunyian sebelum usia 30 an. Tambahan pula dalam usia seperti ini, kita mungkin sahaja mengalami masalah keluarga, pekerjaan, dan perhubungan dan ia menambahkan lagi rasa kesepian.

Ada bermacam-macam mitos yang menceritakan tentang apa yang akan terjadi dalam usia 20 an. Ada yang berangkapan ia adalah waktu yang sesuai untuk memiliki kerjaya, bertunang dan berkahwin. Jika mereka tidak memiliki kesemua perkara seperti yang dinyatakan tadi, mereka beranggapan mereka sudah gagal dalam kehidupan.

Antara perkara lain yang membuat seseorang itu berasa gagal dalam hidupnya ialah apabila dia melihat keadaan kawan-kawannya di media sosial yang mempunyai kehidupan lebih baik daripadanya. Namun, tidak semua yang ditunjukkan di media sosial benar-benar melambangkan kehidupan sebenar seseorang.

via GIPHY

Membandingkan kehidupan kamu dengan orang lain di media sosial akan membuatkan kamu rasa ‘loser’ dan hilang keyakinan diri. Di fasa hidup seperti ini membuatkan pergaulan dan aktiviti sosial kamu terhad. Ini kerana  rakan-rakan yang lain sibuk mengejar tuntutan  pekerjaan bahkan ada diantara mereka yang sudah berhijrah ke negara asing.

Melawan kesepian

Jangan sendu sangat! Kamu boleh mengatasi kesepian kamu dengan mencari teman-teman baharu. Aktifkan diri kamu menyertai mana-mana aktiviti sukarelawan atau ke kelas memasak untuk menambah kenalan.  Keluar dan bergaul dengan orang baru. Kamu juga boleh menelefon kawan-kawan untuk bertanya khabar.

via GIPHY

Selain menghabiskan masa kamu di media sosial apa kata kamu kurangkan waktu kamu di sana dan beralih kepada jurnal kusyukuran. Sikap membandingkan kehidupan kamu dan orang lain boleh diubah sekiranya kamu fokus kepada apa yang kamu miliki berbanding apa yang tidak kamu miliki. Tuliskan tiga perkara mengenai apa yang kamu syukuri setiap hari

Jangan cemburu dengan kejayaan teman-teman kamu. Ubahlah pemikiran dan raikan kejayaannya. Kirimkan pesanan dan cuba tanyakan padanya bagaimana untuk mengikuti jejak langkahnya di masa hadapan. Keinginan kamu mungkin ditolak tapi why not?

Dalam memperoleh apa yang kamu inginkan, kamu mungkin akan berhadapan dengan bermacam penolakkan. Namun, lihatlah segala penolakkan sebagai sebuah proses dan bukannya penghalang. Seorang penulis bernama Kiki Schirr pernah menulis untuk membuat satu target di dalam hidupnya iaitu untuk bersedia menghadapi penolakkan. Dengan itu, dia boleh melakukan apa sahaja yang dia inginkan tanpa perlu terlalu kecewa dan berasa bodoh. Dah, jangan sedih-sedih dan sunyi. Kalau sunyi juga jom maraton Kutip Suara di Youtube.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my