Dhia Glam

Artis-artis popular Thailand beraksi di Malaysia dalam konsert Dim Sum Thai Pop Festival

Oleh  | 

HELLO gadis-gadis trendy! Ha ni sis nak tanya korang, siapa yang layan drama Thailand yang popular tu My Ambulance? mesti korang kenalkan hero utama dalam drama tu?

Sempena ulang tahun yang ketiga langanan video atas talian, dimsum menganjurkan konsert Thai pop festival di IDCC,Shah Alam! Lebih kurang 9 selebriti popular yang membuat persembahan pada minggu lepas.

Antara yang menjadi kegilaan ramai adalah kumpulan 9by9! Bukan itu sahaja, 9 artis popular tersebut adalah, Sunny Suwanmethanont, Tor Thanapob Leeratanakachorn, Jaylerr Kritssanapoom Pibulsonggram, Captain Chonlathorn Kongyingyong dan Ice Paris Intarakomalyasut dari kumpulan 9BY9.

Kesemua memberikan persembahan dengan penuh teruja! Sudah tentu yang paling mendapat jeritan yang kuat adalah pelakon dan juga penyanyi dan pelakon dari drama popular My Ambulance bersiri tu!

Sis saksikan persembahan masing-masing yang cukup bertenaga! Paling best bila dorang semua menyanyi sambil menari ala-ala kpop gitu! Bukan itu sahaja, konsert dorang ni ada game session siap.

Rugi la kalau korang layan drama tapi tak pergi konsert ni dan kebanyakkan daripada mereka ni pertamakali  datang Malaysia dan baru nak cuba makan makanan kita yang paling popular, apa lagi nasi lemak la!

Sis harap wekeend korang pun excited jugak macam sis. Mungkin akan ada lagi kemunculan Thai pop festival di Malaysia lagi? Pastikan korang tunggu update nanti okay?

 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my