Serious?!

“Artis hari ini kurang eksklusif di mata masyarakat,” – Rosyam Nor

Oleh  | 

BENGKEL Drama Festival Kuala Lumpur 2019 (DFKL) telah berlangsung selama 3 hari bermula 22 Mac hingga 24 Mac lalu. Memasuki tahun ke 6 penganjuran, bengkel ini telah membuka peluang kepada bakat-bakat baru untuk menuntut ilmu lakonan dalam menjadi seorang pelakon yang berjaya.

Untuk bengkel DFKL pada tahun ini, tenaga-tenaga pengajar terdiri daripada nama-nama besar dalam industri lakonan negara kita. Siapa tidak kenal Rosyam Nor, Shahrulezad Mohameddin dan Erma Fatima. Bengkel DFKL ini lebih fokus kepada ilmu lakonan lebih-lebih lagi telah meminimakan jumlah pelajar kepada 20 orang sahaja berbanding tahun-tahun lepas.

Rosyam Nor yang ditemui pada hari pertama bengkel berkata bengkel DFKL tahun ini menjadi platform terbaik peserta mengembangkan bakat mereka lebih-lebih lagi DFKL adalah acara yang dinantikan saban tahun oleh mereka yang ingin mengasah bakat.

“DFKL telah mengorak langkah yang besar kerana acara ini dinantikan saban tahun dan semakin dikenali hingga ke hari ini. 20 peserta yang dipilih pada kali ini telah diberi ruang, masa dan ilmu yang baik oleh tenaga-tenaga pengajar.”

“Saya yakin dengan ilmu dan pengalaman yang dikongsikan oleh saya dan 2 tenaga pengajar lain mampu membantu bakat-bakat baru ini menapak dalam industri lakonan pada masa akan datang,” ujarnya.

Menurut Rosyam Nor lagi, konsep baharu yang diperkenalkan DFKL iaitu dengan mengecilkan jumlah peserta merupakan strategi yang baik kerana ini adalah peluang yang berguna untuk tenaga pengajar memberi fokus kepada sejumlah peserta yang berpotensi untuk mengorak langkah dengan lebih jauh.  Tambahnya lagi, jika konsep lama masih dipraktikkan, belum tentu semua peserta akan berjaya menjadi seorang pelakon.

Rosyam Nor berharap DFKL pada tahun ini dapat melahirkan bakat-bakat baru yang berkualiti kerana industri lakonan kita kurang pelapis baharu yang mampu bersinar. Beliau menyifatkan artis-artis pada zaman ini “kurang ekslusif” berbanding artis-artis terdahulu kerana sering tampil di media sosial.

Zaman kini merupakan zaman teknologi di mana artis-artis gemar berkongsi tentang info kehidupan mereka dan ini telah menjadikan mereka kurang eksklusif berbanding artis-artis dahulu.”

“Bila artis itu sendiri sering tampil dalam media sosial mereka, mereka akan jadi kurang eksklusif di mata masyarakat. Artis-artis pada zaman sekarang sering di tukar oleh peminat mereka dengan mudah.”

“Harapan saya agar peserta-peserta bengkel DFKL pada tahun ini dapat mencorakkan kembali industri hiburan ke arah lebih baik,” katanya menutup perbualan.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my