D-Life

Asal datang haid je nak emosi, ‘chill’ lah ‘girls’!

Oleh  | 

MENGAWAL emosi ketika sedang haid bukanlah satu perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi apabila korang sedang mengalami masalah senggugut pada awal haid. Namun, ini tidak bermakna korang boleh sewenangnya beremosi sehingga boleh menyakiti hati orang. Sebagai perempuan korang tak boleh mengambil mudah tentang perkara ini tau.

Macam mana nak kawal emosi semasa datang haid? Sebenarnya ini merupakan cabaran hebat yang perlu dihadapi bagi kaum wanita. Yelah, bukan wanita kalau tidak beremosi kan? Pada pandangan sis, semua orang berhak untuk menzahirkan apa yang mereka rasa lebih-lebih lagi ketika berada dalam keadaan yang sukar dikawal seperti sedang haid. Memang hak korang untuk rasa apa yang korang tengah alami tetapi pastikan emosi korang tu tak tempias kepada orang lain.

Salah satu cara yang terbaik untuk menangani permasalahan ini adalah dengan menjauhkan diri sebentar daripada orang ramai. Cari masa seketika untuk bersendirian. Sekiranya pada waktu itu korang perlu bekerja, kawal emosi korang dengan kurangkan bercakap dan sebaiknya explain pada orang sekeliling tentang kondisi korang. Sis yakin semua orang dah di educate tentang perkara ini dan semestinya mereka akan faham keadaan perempuan sewaktu datang haid.

Selain itu, dalam keadaan kondisi emosi yang tidak stabil, sebaiknya jauhkanlah diri daripada media sosialSis faham kalau dah namanya perempuan, korang pasti akan kongsi semua perkara dalam media sosial korang tetapi ada baiknya elakkan diri daripada melihat apa-apa yang ada di media sosial. Bukan apa, bila tengah emosi ni perkara kecil pun korang akan mudah melenting. Terlajak perahu boleh diundur. Kalau terlajak kata? Haa, menyesal tak sudah nanti.

Emosi ketika period adalah perkara normal. Namun jangan jadikannya sebagai alasan untuk kita terkecuali daripada menjadi manusia normal yang lain okay?

Libresse’s new range of products are designed to accommodate women of all shapes and sizes. — Picture by Yusof Mat Isa

Baru-baru ini sis berkesempatan menghadiri sebuah majlis pelancaran Get Your Fit anjuran Libresse. Jenama tuala wanita ini telah memperbaharui packaging diorang tau. Ada rekaan baharu pula tu iaitu Libresse Maximum Security Panties dengan bodyfit design untuk perlindungan yang optimum ketika menghadapi kebocoran. Bukan tu sahaja, Libresse juga memperkenalkan kuiz Get Your Fit untuk mengetahui jenis tuala wanita yang mana bersesuaian dengan badan korang.

Zaman sekarang yang serba moden ini, banyak pilihan tuala wanita yang bersesuaian mengikut keadaan korang. So tak perlu bimbang lagi tentang kebocoran kerana kebanyakan tuala wanita telah diperbaharui mengikut kesesuaian pemakai. Kalau korang nak tahu pad jenis apa yang sesuai dengan korang, pergi ke website Libresse dan buat kuiz yang mereka berikan okay? Get your fit! 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my