D-Life

ASK 2018 bawa dimensi baharu

Oleh  | 

ACARA anugerah untuk drama dan filem paling berprestij di Malaysia, Anugerah Skrin 2018 (ASK2018) bakal kembali lagi 2 November ini dengan membawakan dimensi baharu.

12 drama tempatan bakal berentap bagi merebut anugerah Drama Terbaik antara lain 4K, Abang Kandung, Aku Nazmi, Cucu Atuk, Dosa Perempuan, Fatonah Azali, Kasih Seorang Ayah, Luyak, Nisaa, Pendosa Ingin Ke Syurga, Qalbu dan Tulus Cinta.

Bagi menampilkan pembaharuan, ASK2018 menampilkan tiga kategori baharu iaitu Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Cina), Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian dan Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian selain meneruskan kategori sedia ada (14 kategori drama, 7 kategori filem, 9 kategori bukan drama dan teknikal).

Selain Drama Terbaik, kategori yang mencuri perhatian juga ialah Drama Rantaian Terbaik (Bahasa Melayu) yang mempertandingkan drama rantaian seperti Andainya Takdir 2, Isteri Untuk Diiktiraf, Nafas, Nur, Raisha dan Teratai Kemboja.

Kategori baharu

Bagi Drama Rantaian Terbaik (kategori Bahasa Cina) yang baru diperkenalkan pula yang tercalon ialah Green Wall, Growth Behind The Sun, Persona 2, The Men In Black School dan The Memoir of Majie.

Kategori Filem Terbaik pula bakal mempertandingkan Abang Long Fadil 2, Bisik Pada Langit, Blok 404, Bukan Cinta Malaikat, Buskers, Dukun, Hijabista Ballet, Kau Takdirku, Kau Yang Satu, KL Special Force, KL Wangan #Bikingempak, Peransang Rentap, Pinjamkan Hatiku, Pulang, Rempit Sampai Langit dan Tombiruo: Penunggu Rimba.

Selain menampilkan pembaharuan menerusi kategori baharu, ASK2018 juga tidak menampilkan hos utama untuk mengendalikan malam anugerah sebaliknya dibarisi 12 penyampai iaitu Datuk Rosyam Nor, Nora Danish, Awal Ashaari, Ayda Jebat, Zahirah McWilson, Elly Mazlein, Sherry Al-Hadad, Izzue Islam, Shaarnaz Ahmad, Naz Habibur Rahman dan Shuk Sahar.

ASK2018 akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan bakal ditayangkan secara langsung menerusi TV3 juga melalui tonton.com.my dan saluran Youtube @TV3Malaysia Official.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my