D-Life

Asyik-asyik meeting! Nah ini cara nak buat mensyuarat tak jadi merepek

Oleh  | 

“ASYIK asyik meeting. Semalam meeting, harini meeting, lepas ni meeting lagi. Tak ada penyudahnya!”

Ha, pernah tak korang tergerak hari nak jerit macam ni dalam hati korang. Ada sahaja mensyuarat yang kita kena pergi padahal kerja pun masih berlambak lagi ni. Biasanya mesyuarat ini akan selalunya tiba-tiba banyak waktu awal bulan dan awal minggu.

Ha, sabar dulu sis. Sebabnya, bikan korang sahaja yang akan hadapi benda ini. Hampir semua syarikat menghabiskan banyak masa untuk bermensyuarat berbanding waktu bekerja.

Menurut artikel yang dikeluarkan oleh Sloan Management Review MIT, rata-rata menghabiskan 10-23 jam dalam seminggu untuk bermensyuarat.

via GIPHY

Kalau nak dikira, sebenarnya seminggu kerja menyamai 47 jam. Maksudnya, kita sebenarnya dah menghabiskan separuh jam kerja kita hanya untuk bermensyuarat.

Jika dikira dalam tahun, jam untuk bermensyuarat telah mencapai separuh dari usia kerja. Maksudnya, pekerja profesional biasanya bekerja sampai usia 45 tahun. Maka, 22 tahun telah dihabiskan untuk bermensyuarat.

Jadi, sebenarnya berapakah masa yang diambil untuk bermensyuarat yang betul-betul produktif? Ini kerana sepertiga masa mensyuarat dihabiskan untuk bercakap benda yang tak relevan dan pembentangan yang membosankan.

via GIPHY

Ha! Berikut adalah beberapa cara yang boleh dilakukan untuk memastikan mensyuarat kita lebih efektif.

Tiada lagi power point

Bila ada power point, komunikasi ini sangat tidak produktif dan efisyen. Kajian daripada Harvard pun ada cakap pembentangan menggunakan power point ini akan membuatkan orang dalam bilik mensyuarat kurang faham dengan apa yang cuba disampaikan.

Maksimum 30 minit

Semakin lama sesuatu mensyuarat, semakin banyak la benda merapu dan tak berfaedah dibahaskan. Sebuah mensyuarat yang padu hanya akan menggunakan 30 minit sahaja dan dipadatkan dengan agenda yang tersusun rapi.

via GIPHY

Kalau macam merepek, berambuslah dari mensyuarat itu

Kalau korang dah hadiri sesuatu mensyuarat tapi banyak bergosip dan merepek. Silalah angkat kaki dan lakukan pekerjaan lebih berfaedah.

Ha! Maka itulah sedikit sebanyak yang sis boleh kongsikan. Kalau nak buat mensyuarat tu pastika kita semua sedar yang kita menggunakan masa orang lain yang sangat berharga untuk diisi dengan benda merepek.

Sumber: CNN

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my