Kolaborasi

Asyik ‘dating’ dekat pawagam je, apa kata cuba ‘romantic picnic’ pula!

Oleh  | 

BIASA kalau nak cari port dating, mesti panggung wayang. Tak pun pergi lepak makan dekat mall. Alahai, bosan tau. Meh sini sis cadangkan satu lagi aktiviti yang sihat dan ala-ala percintaan dalam drama korea iaitu romantic picnic!

Ala, korang plan pergi pergi taman mana-mana lepas tu bentang tikar dan berkelah dengan bahagia. Tapi untuk memastikan plan berjalan lancar, ini ada beberapa benda yang korang kena teliti untuk jadikan picnic korang lebih bermakna selain daripada tengok ramalan cuaca.

Bawak makanan yang tak berat sangat

Sis cadagkan korang tak payah bawak makanan berat sangat macam nasi kandar. lemak pucuk pagu atau sambal belacan waktu picnic. Bawa makanan yang wajar ada semasa picnic dan tak menyusahkan korang nak kena bersihkan. Jadi, pilihkan makanan seperti sanwiches, buah sikit, pizza atau apa sahaja yang tak buatkan ia tertumpah dekat baju korang. Kalau malas sangat boleh je beli deat Superdeals tengah buat makanan harga murah. Ha, jangan pula hidang benda yang buat pasangan korang alergi. Karang tak pasal berkelah dekat hospital.

via GIPHY

Pastikan ada dessert.

Mestilah korang nak berual benda-benda deep, kan? Pastikan kornag ada makanan untuk dikunyah sepanjang berbual. Tak kisahlah kacang ke, coklat ke, chips ke yang korang boleh dapat dekat stesen minyak. Kalau nak sihat sikit boleh juga makan buat macam epal. Tapi, benda yang akan membangkitkan suasana romantik ialah dessert. Jadi, bawa juga kek tau. Lagi bagus kalau korang sendiri yang buat kek itu.

via GIPHY

Pilih tempat yang elok sikit

Kalau dah namanya berkelah gaya romantik, silalah research sikit taman yang sesuai dan selesa. Jangan picnic tepi loji atau longkang pula. Walau kena bayar sikit untuk duit parking, tak pe. Asalkan korang dapat tempat yang cantik.

via GIPHY

Cari beg picnic

Kalau nak lebih menjadi, korang bawa makanan tadi tu dalam bekas berkelah. Ala sempat je kalau nak beli online. Selain nak simpan barang, bakul ni pun boleh jadi prob lawa waktu nak ambil gambar nanti, betul kan? Bawa sekali tikar atau blanket yang sesuai untuk diletakkan atas rumput. Sediakan juga beg untuk buang sampah lepas kita makan. Jangan buang merata-rata. Hey pantang betul sis dengan orang orang suka buang sampah merata. Pencemaran tau!

via GIPHY

Baiklah itu sahaja sis boleh kongsikan. Oh ya, pastikan korang plan juga pukul berapa nak balik. Karang panas sangat pun tak selesa. Berpeluh karang. Ok itu sahaja, korang boleh try tau!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my