Dhiaventure
Asyik dating port sama? Gadis ini kongsi tempat menarik supaya dating tak sendu
PERNAH tak korang rasa bosan sebab asyik jumpa orang yang tersayang dekat mall? Lepas tu asyik buat aktiviti sama macam tengok wayang dan makan. Ha, baru-baru ini di laman Twitter, seorang gadis menerusi akaun @syak1ra berkongsi tempat-tempat yang korang boleh pergi dengan yang tersayang supaya tak la dating korang asyik sendu sahaja.
Berikut adalah antara aktiviti yang korang boleh buat. Tak semestinya dengan kekasih. Kalau nak lepak dengan kawan-kawan pun korang boleh cuba aktiviti berikut. Baca sampai habis tau.
It’s a Hit Rooftop Baseball
Jangan asyik pergi tengok wayang sahaja. Korang boleh ke sini yang terletak di 1Utama Shopping Center. Harga pun murah sahaja katanya. Kalau mood tengah tak baik pun best juga main ni sebab boleh pukul sekuat hati. Habis lepas semua geram.

FOTO: Twitter @syak1ra
Taman Botani, Putrajaya
Kenalah juga buat aktiviti yang menyihatkan tubuh badan macam berbasikal di Taman Botani yang dipenuhi bunga-bunga yang menyegarkan. Dua jam berbasikal dengan pemandangan yang indah mesti buat korang tak rasa penat sangat.

FOTO: Twitter @syak1ra
Super Park, Avenue K
Dengan bajet sekitar RM50 seorang, korang boleh bermain bermacam aktiviti indoor dekat sini. Antaranya korang boleh main trampoline, ice skating, atau naik tube slide.

FOTO: Twitter @syak1ra
Balai Seni Negara, KL
Siapa kata kalau bajet ciput tak boleh keluar. Apa kata korang pergi ke Balai Seni sebab ia percuma. Ada macam-macam pameran. Bolehlah tambah ilmu sikit, kan?

FOTO: Twitter @syak1ra
Hiking, Broga Hill
Romantiknya bila dapat tengok matahari naik bersama-sama yang tersayang. Apalagi, pergilah hiking sama-sama. Nak lagi sweet kalau korang masakkan dia sarapan sikit lepas tu makan sama-sama dekat atas tu, kan?

FOTO: Twitter @syak1ra
Unicorn Cafe
Selain daripada buat aktiviti lasak, korang pun boleh juga pergi lepak dekat kafe yang cantik macam ini. Boleh ambil gambar dan update Instagram, kan?

FOTO: Twitter @syak1ra
Aquaria, KLCC
Aquaria ni sebenarnya cantik tau dan tenang sangat. Kalau pergi sini barulah feeling macam dalam drama Korea scene yang diorang tengok ikan sama-sama. Tapi tak ingat cerita apa.

FOTO: Twitter @syak1ra
Ada tak antara aktiviti di atas yang korang rasa nak cuba? Kreatif betul pasangan ini cari aktiviti untuk dibuat bersama-sama, kan? Jadi, mesti korang dah idea nak jalan-jalan pergi mana hujung minggu ini.
Sis pun nak cuba aktiviti yang dicadangkan ni. Mana tahu terserempak pula dengan korang nanti.





Komen Terkini