Serious?!

Asyik tengok tarian je, ini rupanya asal-usul tarian singa!

Oleh  | 

SEPERTI yang kita tahu tradisi popular pada setiap Tahun Baru Cina adalah tarian singa. Sejarah tarian singa ini berasal dari beribu tahun yang dulu dan ia merupakan tarian tradisional warisan masyarakat Cina.

Tarian singa ini selalu dipersembahkan sebagai istiadat ataupun upacara untuk membuang semangat jahat dan dipersembahkan sebagai upacara meminta tuah.

KLKSK Lion Dance

Disebalik tarian singa ini terdapat beberapa cerita menarik mengenainya. Beberapa ribu tahun dahulu ada seekor raksasa yang dipanggil Nian. Raksasa ini ingin memusnahkan penduduk kampung dan menyebabkan orang kampung untuk mencipta seekor lagi raksasa iaitu tarian singa untuk menakutkan raksasa tersebut.

Pada zaman itu, untuk menghasilkan bunyi yang kuat orang kampung menggunakan peralatan dapur. Ia bertujuan untuk menakutkan raksasa itu. Sekarang ini tarian singa diiringi oleh gong, dram dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.

Akan tetapi ada juga cerita lain dimana Maharaja Qianlong bermimpi makhluk yang membawa tuah pada pengembaraan di selatan China. Disebabkan mimpi tersebut, Maharaja mengarahkan kostum dicipta seakan dalam mimpi tersebut dan sehingga kini kostum itu digunakan oleh masyarakat cina.

Ada dua jenis tarian singa iaitu tarian singa utara dan tarian singa selatan. Kostum singa utara mempunyai bulu yang lebih panjang berbanding kostum singa selatan. Tarian singa utara dijadikan sebagai tarian hiburan untuk raja-raja. Warna kostum yang digunakan adalah warna merah dan jingga. Manakala kostum berwarna hijau dan kuning adalah untuk singa betina.

Untuk singa selatan terdapat dua nama iaitu Fut San dan Hok San. Kedua-duanya berasal dari China. Tarian Singa Selatan pula mempunyai lebih banyak pergerakan akrobatik yang bertujuan sebagai hiburan. Ia menggunakan pelbagai warna dan mempunyai tanduk dihadapan kepalanya. Mata singa pula berwarna hitam dan putih atau merah dan putih. Ini menandakan sifat singa yang pemalu.

Untuk pengetahuan korang sebenarnya ada cara tau bagaimana untuk mengangkat kepala singa ni. Korang tidak dibenarkan mengangkat dari tanduk atau mata. Ia menunjukkan yang kita tidak menghormati. Cara mengangkatnya adalah dari bawah kepala.

Sis harap artikel ni dapat membantu korang memahami sedikit sebanyak tentang sejarah Tarian singa ni.

Nak dijadikan cerita, sis siap belajar sendiri tau macam mana nak menari tarian singa ni! Nah sis belanja korang tengok bersama.

Sumber:Thepatriotsasia

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my