D-Life

‘Awkward’ sebab lupa nama orang? Selamatkan diri kamu sekarang

Oleh  | 

“ALAMAK, siapa pula nama dia ini?”

Pernahkah kamu disapa oleh seseorang dengan ramah sekali namun kerana kamu tidak mengingati namanya membuatkan perbualan kamu sedikit awkward?

Terlupa nama seseorang bukanlah kerana ingatan kamu teruk. Ia adalah masalah yang sangat umum yang sering terjadi kepada semua orang.

Kajian yang dilakukan oleh kumpulan penyelidik di Universiti of California menunjukkan ingatan manusia akan menjadi kuat dan lebih baik sekiranya mereka mempunyai motivasi untuk menghafal nama seseorang. Maka kamu mungkin terlupa nama seseorang kerana kamu tidak tertarik untuk mengingati namanya.

via GIPHY

Selain itu, sewaktu seseorang itu memperkenalkan dirinya saat pertama kali bertemu, fikiran kamu tidak fokus kepadanya membuatkan kamu sukar mengingati namanya.

Kadang kala kita mengingati nama seseorang tapi terlupa bagaimana wajahnya. Begitu juga sebaliknya.

via GIPHY

Bagi menyelamatkan daripada  digelar sombong dan ‘awkward’, apa kata kamu cuba untuk ingat beberapa perkara dalam penampilan mereka yang boleh membantu kamu mengingati mereka dengan cara berbeza.

Contohnya, nama Nurul mungkin sudah biasa didengar. Maka, kamu boleh mengingatnya dengan ciri-ciri yang mungkin menonjol padanya seperti “Nurul si hitam manis”.

Latih diri kamu mengingati namanya dengan menyebutnya setelah beberapa saat.

Tapi jika kamu tetap juga gagal mengingati namanya, kamu boleh bayangkan situasi saat kali pertama kamu bertemu dengannya.

Namun, jika kamu sudah mengikuti beberapa cara di atas namun tetap juga terlupa  namanya, tak mengapa! Mulakan sahaja sesi perkenalan semula. Mana tahu selepas itu kamu tak sengaja jatuh cinta. Ahaks!

Sumber: Merdeka.com

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my