D-Life

Atasi keputihan pada faraj dengan 5 langkah mudah ini

Oleh  | 

KEPUTIHAN merupakan satu masalah yang sangat menggangu kaum wanita. Kalau tak dirawat nanti datang pula masalah lain. Tak cukup dengan lendir, malah berbau pula!

Kehidupan seharian pun jadi tak selesa dan kalau korang mempunyai simptom seperti kegatalan,berlendir dan sebagainya korang kena ambil langkah-langkah untuk mengatasinya.

Keputihan boleh jadi serious kalau korang tak ambil langkah-langkah berjaga. Jadi, Sis nak kongsikan dekat korang macam mana nak atasi masalah ni.

Pastikan ia bersih

Kalau korang berada dalam situasi macamni, korang kena pastikan bahagian bawah tu sentiasa kering dan elakkan mengusiknya dengan terlalu kasar supaya tidak berlaku iritasi.

Tukar pad kerap

Jika korang didatangi haid, pastikan korang tukar selepas dua atau tiga jam supaya keputihan dan iritasi boleh dielakkan dan pastikan faraj sentiasa bersih

Panty liner

Pastikan korang pakai `hanya bila terasa perlu sahaja. Elakkan memakai dengan lama dan kalau boleh sering tukar dengan yang baru. Tak perlu pakai setiap hari pun tak apa.

Ketat dan satin

Korang wajib elakkan memakai pakaian dalam yang ketat dan jenis fabrik satin supaya kurang tekanan pada bahagian tersebut dan lebih keselesan pada bahagian tersebut.

‘No powder and perfume’

Lastly, tolong elakkan daripada menyembur pewangi atau meletakkan bedak di bahagian tersebut supaya, kulit tidak berlaku iritasi dan kalau keputihan terlalu banyak, kerapkan tukar seluar dalam agar bahagian tersebut sentiasa bersih dan kering!

Sis harap tips mudah ni dapat membantu korang atasi masalah keputihan tu dan jangan hanya bergantung pada tips ya,kalau teruk sangat jumpa doktor yang bersesuaian.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my