Be-You-Ty

Atasi masalah perut buncit dengan 5 cara mudah ini

Oleh  | 

BELLY fat merupakan lemak yang terkumpul pada bahagian perut dan ia terjadi akibat beberapa faktor kehidupan harian yang kita amalkan.

Sis faham, bagi sesetengah orang yang tak biasa dengan kehadiran lemak di bahagian perut ini sememangnya merimaskan!

Jadi hari ini sis nak kongsikan dekat korang 5 langkah yang korang boleh amalkan untuk singkirkan lemak dalam perut tu.

Minum air limau

Limau ini bertujuan menyingkirkan toksik yang berlebihan pada kbadan kita dan amalan air limau ini dapat membantu meningkatkan enzim untuk membantu organ kita berfungsi dengan baik.

Berpuasa

Ha bagi korang yang belum ganti puasa tu atau nak berpuasa sunat, memang terbaik untuk mengempiskan perut. Kalau tak percaya, cubalah dulu!

Teh Halia

Selain daripada air limau, air teh halia ini juga sangat baik untuk menyingkirkan lemak dan angin yang terkumpoul didalam badan korang tu. Teh halia ini dapat membantu membakar lemak dengan lebih efisien.

Kurangkan gula

Pengurangan pengambilan gula adalah amat penting untuk mengempiskan perut secara semula jadi. Kalau boleh, korang tak perlu ambil gula langsung sebab kebanyakan makanan yang kita makan pun dah terkandung dengan gula!

Tidur dengan cukup

Tidur yang cukup adalah satu perkara yang penting dan bukan hanya makan je kita kena jaga. Cuba dapatkan sekurang-kurangnya 6-8 jam sehari supaya hormon dan sistem saraf berada dalam keadaan yang baik untuk berfungsi.

Sumber:Siraplimau 

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my