Dhia Glam

Attention girls! Ini 5 cara menggayakan kemeja untuk tampil stylo and stunning!

Oleh  | 

KEMEJA  sememangnya menjadi fesyen yang sedang “in” pada ketika ini. Tak kira sama ada kemeja kosong atau bercorak. Kemeja menjadi pakaian basic yang boleh di mix and match bersama fesyen lain supaya kelihatan lebih stylo and legit.

Namun untuk sesetengah wanita, kemeja agak leceh untuk dijadikan pakaian favourite sebab selalunya kemeja akan buat kita kelihatan formal. Say no more guys!

Jom kita tengok 5 style menggayakan kemeja yang boleh buat kita nampak stunning dan fashionable!

 

  1. Sweater

FOTO: Pinterest

Korang  boleh gayakan kemeja bersama oversize t-shirt atau sweater yang nipis di luar. Untuk nampak lebih stunning lagi, gayakan outfit ini bersama skinny jeans.

 

  1. Seluar Jeans

FOTO: Pinterest

Ini memang basic ye sis sis sekalian. Tuck in kan kemeja korang bersama seluar jeans (skinny jeans, boyfriend jeans ataupun bootcut). Gaya ini sesuai untuk kemeja kosong ataupun bercorak. Kalau tak nak tuck in pun korang buka sedikit butang dibawah kemeja korang dan ikat. Simple tapi stylo kan?

 

  1. Jacket/ Blazer

FOTO: Pinterest

Terlalu simple kan bila gayakan kemeja bersama jeans sahaja?  So, untuk tampil lebih stunning korang boleh tambah gaya korang dengan memakai jacket atau blazer sebagai outer. Korang juga boleh padankan bersama sneakers untuk kelihatan lebih casual.

 

  1. Skirt

FOTO: Pinterest

Yass! Kemeja juga boleh dipadankan bersama skirt (printed or plain) Baru boleh feeling comel gitu. Untuk tambah stylo lagi padankan juga bersama flat shoes juga okay?

 

  1. Dungaree dress/ Overall dress

FOTO: Pinterest

Kalau korang ada dungaree atau overall, padankan je bersama kemeja korang. Mesti awesome!


Sekarang dah tahu kan 5 style untuk tampil stylo dan stunning dengan kemeja korang? So bila korang nak try? Ha sambil-sambil  korang pilih baju tu korang boleh dengar lagu  Can’t Forget Me nyanyian Fazura. Mana tahu boleh jadi cantik macam dia. Feeling gitu.

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my