D-Life

Awas! 5 jenis kasut yang boleh merosakkan kesihatan korang.

Oleh  | 

KASUT merupakan satu kepentingan untuk memastikan pelindungan pada kaki kita. Tidak kira lah kalau kita travel ke mana-mana sekalipun, pelindungan untuk kaki daripada kuman atau sebarang perkara yang boleh mendatangkan kecederaan.

Pemilihan kasut juga merupakan salah satu perkara yang penting untuk mengekalkan kesihatan kaki korang. Jangan fikir nak ikut trend je okay?

Kalau korang main redah je, korang akan meletakkan kesihatan fizikal korang dalam bahaya dan mungkin akan beri kesan jangka masa yang panjang.

Selipar

Ramai yang beranggap selipar merupakan pemakaian alas yang paling selesa. Biasanya,selipar akan membuatkan jari kaki korang melecet. Selain itu, selipar juga merupakan tapak yang tidak selari pada buku lali dan lutut dan sebab itu, korang akan rasa cepat penat.

Kasut beruncing depan

 

Kasut beruncing depan selalunya mempunyai tapak yang lebar dan tidak sesuai dan seterusnya akan memberi tekanan dan menyebabkan saraf kaki melecet akibat geseran yang tidak sihat.

 

Flat shoes 

Pump shoes atau kasut flat mempunyai tapak yang rasa dan akan menyebabkan tekanan pada bahagian fascia atau bahagian tengah kaki. Korang akan mudah untuk sakit lutut dan lenguh badan.

Kasut platform 

Kasut berjenis ini jelas sekali mempunyai kestablilan yang nipis. Kasut macam ni akan membuatkan korang rasa cepat lenguh pada pinggang dan khususnya pada kaki.

High heels

Yes, kasut tumit tinggi memang akan menambah keyakinan pada wanita. Namun, kasut sebegini akan membuat korang sakit pada tapak kaki. Bukan itu sahaja, korang akan mengalami gangguan pada pinggul akibat kedudukkan asalnya terganggu dan menyebabkan masalah pada kesihatan tubuh badan.

Sumber:Ohbulan

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my