DhiaLova

AWAS! 5 sikap ini boleh buat lelaki ‘turn off’ pada korang

Oleh  | 

“Ish takkan la semua benda saya nak kena report pada awak, masuk toilet pun nak tahu jugak?”

Ungkapan ini biasa kita dengar dekat mana-mana bila seorang lelaki tu tengah bercinta. Kita sebagai perempuan pun kena berpada-pada juga dalam melakukan sesuatu terhadap pasangan kita. Jangan sampai si dia boleh turn off dengan perangai korang.

So ketahui pantang larang yang korang tak boleh buat dalam percintaan. If korang berani langgar perkara ni jangan tanya kenapa si dia tinggalkan korang okey.

Mengongkong

Lelaki perlukan masa dan ruang untuk lakukan aktiviti mereka sendiri. Tak semua perkara mereka boleh berkongsi  dengan korang sahaja lagi-lagi hal-hal berkaitan dengan lelaki. Tak semua hal lelaki kita boleh faham. Kita sebagai girlfriend pun kena la consider juga sebab perhubungan ni bukan tertumpu pada kisah berdua je. Banyak lagi perkara lain mereka kena fikirkan.

Ungkit kisah lama

Kita sebagai perempuan memang mempunyai kelebihan untuk mengingati peristiwa dan tarikh-tarikh penting dalam hidup kita. Berbeza pula dengan lelaki yang sememangnya susah untuk mengingati peristiwa yang tak dianggap penting dalam hidup mereka. Jangan sesekali ungkit perkara-perkara lepas yang berlaku dekat pasangan korang. Ini akan menaikkan kemarahan si dia lagi-lagi korang kerap bangkitkan isu lepas untuk mencetuskan pergaduhan.

Memperlakukan mereka seperti budak kecil

Lelaki sememangnya terkenal dengan ego tinggi melangit. Stop atur hidup si dia dengan menyuruh mereka  membuat itu ini dan melarang mereka daripada melakukan sesuatu. Biar mereka melakukan sesuatu perkara atas kerelaan mereka sendiri. Tak perlu kita jadi ibu kedua mereka pula untuk mengatur kehidupan mereka. Pantang bagi lelaki tau!

Banyak soal

Lelaki sebenarnya akan berasa kurang selesa apabila kita kerap mengajukan soalan yang remeh dan banyak kepada mereka contohnya seperti “Nak kemana?” “Keluar dengan siapa?” “Ada perempuan lain tak kat situ?” Tak ubah macam polis uolss. Ini akan menyebabkan si dia berasa rimas dan turn off dengan sikap korang. Kita sebagai girlfriend pun perlu letakkan kepercayaan kepada pasangan kita. Kalau semua perkara kita nak rasa insecure apa gunanya kita bercinta kan?

Tidak tahu menyimpan rahsia

Ini memang penting kepada kaum lelaki. Mereka tidak seperti kita yang sememangnya suka bergosip dan bercerita kepada orang lain tentang apa yang kita alami. Bila mereka dah beri kepercayaan kepada kita dengan bercerita rahsia mereka, jangan lah korang bercerita pada orang lain pula. Tak semua perkara perlu didedahkan walaupun kita mengaggap perkara itu lucu.

Hubungan percintaan ni bukan hanya tertumpu kepada hati kita sahaja girls. Lelaki pun ada hati dan perasaan juga walaupun mereka jarang tunjukkan. Selain daripada perkara di atas, lelaki akan turn off sekiranya kita mencerobohi hak privasi mereka tanpa kebenaran, ganggu tidur mereka, ganggu waktu mereka bermain game atau tengok bola.

Ha, sebagai girlfriend kita pun kena jadi supportive juga girls. As long as dia tak cari perempuan lain, apa salahnya beri mereka ruang untuk hidup mereka sendiri right?

BACA: Jangan lepaskan jika lelaki ada ciri-ciri ini, mungkin dialah ‘Mr. Right’!

Sumber: baituljannah.com

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my