DhiaLova

Awas ‘backstabber’! Tangani kawan jenis tikam belakang

Oleh  | 

MUSUH dalam selimut! Kamu punyalah jaga dan tatang macam minyak penuh persahabatan ini, rupa-rupanya BFF kamu tikam belakang kamu!

Ya, kawan-kawan sebegini memang wujud ya gadis-gadis sekalian. Mungkin si penikam belakang ini duduk sebelah kamu sahaja, mungkin juga kenalan yang selama ini pura-pura senyum di depan kamu.

via GIPHY

Ada banyak tanda untuk kamu kenal kawan-kawan yang sebegini. Kalau tiba-tiba dapat tahu dia bercakap buruk tentang kamu di belakang kamu, memulakan pergaduhan yang kurang penting atau ehem, cuba untuk curi kekasih kamu; kamu memang dalam bahaya.

Kamu perlu lakukan sesuatu. Jangan biarkan si penikam diam berada dalam lingkaran kamu. Ini yang perlu kamu buat, untuk tangani kawan-kawan yang jenis tikam belakang.

 

Kekal tenang

via GIPHY

Pertama, kamu jangan sesekali bertindak di luar kawalan. Kekal tenang. Tarik nafas, hembus dan fikir dalam-dalam dan hadam apa yang sudah terjadi. Bertindak atau bersuara dalam keadaan marah tak membawa kamu ke mana-mana. Silap hari bulan, kamu terbuat sesuatu yang memburukkan keadaan. Kekal tenang, sebelum mulakan langkah seterusnya.

 

Usul periksa

Mungkinkah khabar yang sampai kepada kamu tentang si penikam belakang datang daripada orang ketiga? Ada orang cuba jarakkan kamu dengan BFF kamu? Periksa semua ini dahulu. Jangan buat sesuatu berdasarkan baseless assumption yang akhirnya hanya akan menjejaskan hubungan kamu dengan BFF kamu. Jika memang sudah pasti, dia bercakap buruk tentang kamu, baru kamu ke tindakan seterusnya.

 

Bawa berbincang, jika ada ruang penyelesaian

via GIPHY

Ada sesetengah masalah perhubungan rakan baik, ada ruang penyelesaian yang boleh kamu capai. Bawa berbincang, dan selesaikan dengan cara yang paling terhormat. Nilaikan beberapa perkara; adakah persahabatan ini penting untuk kamu, adakah tindakan dia dapat kamu maafkan dan sebagainya. Hanya jika kamu dapati tiada ruang persepakatan yang boleh dicapai, barulah kamu boleh lepaskan BFF kamu; jangan simpan dia dalam circle kamu.

 

Lepaskan dirinya, lepaskan semua

Jika benar dia memang duri dalam daging, ada baiknya kamu lepaskan BFF kamu. Tidak berbaloi untuk kamu pertahankan sebuah persahabatan, jika dia tidak lagi memberi apa-apa erti untuk kamu. Ini bahagian paling sukar dalam menangani sebuah persahabatan yang sudah punah. Tetapi ingat, kamu berhak bahagia dengan cara kamu sendiri.

Pedulikan apa sahaja orang nak cakap tentang kamu berdua. Yang penting sebaik sahaja kamu melepaskan dia, itu bermakna kamu sudah selangkah ke hadapan untuk lebih gembira.

 

Sumber:  Personal Excellence

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my