DhiaLova

Awas! Ciri keperibadian seperti ini berpotensi tinggi untuk curang!

Oleh  | 

DALAM sebuah perhubungan, kesetiaan merupakan sebuah tuntutan yang perlu bagi memastikan hubungan itu berjalan dengan lancar dan aman. Siapa sahaja yang mampu menerima punca perpisahan yang berlaku datangnya daripada orang ketiga!

Namun korang kena tahu juga, kecurangan seseorang boleh dinilai menerusi sifat keperibadian mereka tau. Ada beberapa sifat peribadi yang dimiliki oleh seseorang yang disifatkan mempunyai potensi untuk curang.

Foto: Filem Gone Girl (2014)

Sebuah kajian telah dilakukan menerusi jurnal Personality and Individual Differences, orang yang memiliki sifat terbuka dalam semua hal mempunyai potensi besar untuk mengkhianati pasangan mereka! What?

Namun, kalau mengikut logik akal sekalipun, tidak perlu hairan dengan orang yang memiliki sikap ini. Kebiasaannya orang yang mempunyai karakter seperti ini suka mencuba sesuatu yang baru dan tidak takut untuk menanggung apa-apa risiko.

Foto: Filem Gone Girl (2014)

Tidak hairanlah orang yang mempunyai karakter ini sejenis yang akan mudah tergoda dengan orang lain walaupun sudah mempunyai pasangan. Kan?

Orang yang terbuka akan mempunyai kenalan yang luas dan ramai dan pastinya mereka akan jumpa pelbagai jenis gaya dan karakter manusia. Boleh jadi juga mereka akan mudah tertarik setiap kali berjumpa dengan orang baru lebih-lebih mempunyai karakter yang berlainan daripada pasangan mereka.

Kebiasaannya orang yang bersifat terbuka adalah seorangan yang dinamik, kreatif, interaktif dan lebih suka bersosial dan berjumpa orang.

Foto: Filem Gone Girl (2014)

Menurut seorang Sexual teraphist, Dr. Tammy Nelson dalam MindBodyGreen, orang yang curang tidak pernah merancang untuk berlaku curang dan menyakiti hati pasangan mereka. Kebanyakan mereka bukan seorang yang jahat tetapi kebiasaannya keputusan yang diambil mereka selalu menyakiti hati orang sekeliling mereka.

Namun bukan semua orang yang mempunyai karakter terbuka memilih untuk berlaku curang ye ladies. Semuanya terletak kepada diri kita sendiri. Kalau nak curang tu, curang juga. Kan?

Sumber: Fimela

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my