Be-You-Ty

Awas, ini tanda-tanda kamu mungkin mengalami alergi kosmetik!

Oleh  | 

IBARAT impian setiap wanita untuk memiliki wajah yang cantik serta indah dipandang sepanjang masa. Sehinggakan ada yang sanggup mengambil risiko mencuba pelbagai jenis jenama bagi memastikan mereka mendapatkan produk yang paling terbaik.

Namun awas! Tidak semua produk sesuai dengan kulit wajah kamu. Ia mungkin mengandungi bahan kimia yang boleh memberi reaksi buruk pada wajah. Kesannya, kamu mungkin mengalami alergi kulit.

Sebelum alergi kamu menjadi lebih parah, apa kata kamu ketahui dulu beberapa tanda alahan pada wajah.

Ruam merah

FOTO: Wome’s Tribe

Wajah adalah bahagian yang mudah terkena alergi. Ia disebabkan oleh kandungan produk yang tidak sesuai dengan kulit wajah. Antara petanda kamu mungkin mempunyai alahan pada wajah ialah kulit kamu terasa panas, menjadi gatal, timbul ruam dan bengkak.

Kesemua ciri ini dapat dikesan hanya beberapa minit atau satu jam setelah kamu mengenakan sesuatu produk.

Kadangkala alahan ini akan menyusut sendiri selepas satu jam. Namun jika tidak, segeralah ke klinik untuk mendapatkan nasihat doktor.

Radang pada kulit

Hampir 80 peratus kes alahan produk kosmetik akan menyebabkan keradangan. Reaksi alahan ini dapat dilihat antara 12 hingga 48 jam selepas produk tersebut digunakan. Kamu mungkin akan mengalami kegatalan, bengkak, kulit menjadi kemerahan disamping muncul jerawat yang tidak normal.

Mata bengkak

Image result for cosmetic allergy

FOTO: Pharmaceutical Journal

Kebiasaannya kamu akan merias mata anda menggunakan celak, pembayang mata, maskara atau concealer. Namun jika bahan kimianya tidak sesuai dengan kulit, kamu mungkin mengalami ruam  dan kulit di bahagian mata kamu akan mengelupas.

Selain itu ia boleh menyebabkan bahagian mata kamu bengkak dan berair akibat keradangan. Terdapat juga beberapa kes alahan yang  akan menyebabkan mata kamu menjadi merah.

Bibir kering

Alergi kosmetik pada bahagian bibir boleh didapati sewaktu kamu menggunakan gincu atau lip balm yang tidak sesuai. Ia boleh menyebabkan keradangan pada bibir yang disebut cheilitis. Bibir kamu akan terasa gatal, menjadi kering, kemerahan dan bengkak.

Ha, sebab itulah kamu disaran menguji produk terlebih dahulu pada kulit tangan kamu. Jika terasa gatal atau muncul kemerahan, itu petanda produk itu tidak sesuai dengan kamu.

Sumber: Kompas.com

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my