DhiaLova

AWAS! Kenalpasti tanda-tanda lelaki obses

Oleh  | 

MEMILIH pasangan ni sebenarnya sangat penting. Bukan apa, kalau tak memilih, ha risiko boleh jadi bermacam perkara yang tidak disangka-sangka! Bercinta ni konsep dia nampak sentiasa indah. Jika memilih untuk bersama dengan pasangan yang baik dan tulus hatinya, maka eloklah hubungan tu. Kalau tidak, maka hasilnya kita yang sengsara!

Katakan lah korang baru sahaja berkenalan dengan seseorang ni. Disebabkan baru sahaja berkenalan, korang pun susah lah nak baca dia ni macam manakan? Baru berkenanlan mana nak tunjuk diri sendiri yang sebenar dan kebanyakkan orang memang macam tu! Bila dah bertahun lamanya baru lah mula tunjuk belang

Oleh sebab itu, sis nak kongsikan dekat korang tanda-tanda  lelaki obses yang korang kena jauhi!

via GIPHY

Yang pertama adalah, baru berkenalan dalam beberapa minggu dah tak sabar untuk berada dalam hubungan serious bersama korang. Ha kalau mintak sekali tu boleh faham lagi, ni dia mendesak sehingga berkali-kali. Jadi, hati-hati dan jauhkan diri sebelum terlambat!

Lagi satu yang sis nak pesan adalah, dia sering nak tanya pasal perkembangan korang. Seperti contoh, setiap langkah korang dia mesti nak tahu. Sampaikan tahap mendesak. Mula-mula nampak la caring kan? Lama sikit, korang mesti naik rimas!

via GIPHY

Daripada lelaki romantis, bertukar menjadi panas baran! Ha ni paling bahaya dan korang kena jaga-jaga! Kalau korang  nak tengok dia betul ke tidak orangnya perhatikan beliau ketika sedang memandu. Tengok dia punya cepat marah tu timbul ke tidak!

Lagi satu tanda besar, si obses itu sentiasa nak bersama dengan korang. Ha ini yang bahaya. Tak kiralah korang nak buat apa pun mesti dia nak ikut juga. Yang lagi nampak apabila tiba-tiba je muncul depan mata. Ha lagi bahaya!

via GIPHY

Mungkin ada sebab mengapa mereka menjadi begini, akan tetapi ia bukan alasan untuk menganiayai korang macam ni!

 

Sumber:Wanista.com

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my