D-Life

Awas, kerja sampai weekend boleh kacau kesihatan mental!

Oleh  | 

WALAUPUN Sabtu dan Ahad adalah masa yang khusus untuk semua orang berehat dan meluangkan masa bersama yang tercinta, tapi tak semua orang boleh menikmatinya. Ini kerana, ada juga pekerjaan yang memang akan ‘kacau’ waktu hujung minggu kita.

Kita yang bekerja hari cuti ini pun apalagi, pasrah sahajalah bila kawan-kawan lepak dan bersenang-lenang waktu hujung minggu tanpa kita. Waktu pertemuan keluarga pun kita tak ada. Sedihnya.

via GIPHY

Walaupun korang mencintai kerja yang korang lakukan, korang kena tahu tau bahawa kajian baru-baru ini ada menyatakan mereka yang bekerja selama berjam-jam sewaktu hujung minggu mempunyai risiko lebih tinggi mengalamai depresi.

Kajian tersebut dijalankan oleh para peneliti dari University College London dan  Queen Mary Univesity of London terhadap 20 ribu pekerja. Mereka yang bekerja lebih dari 55 jam seminggu  mengalami tanda-tanda gejala depresi terutamanya bagi perempuan.

Penulis kajian ini iaitu Gill Weston yang menyatakan kajian ini hanya pemerhatian sahaja  dan masih tidak dapat dipastikan lagi apakah penyebabnya. Wanita mungkin mengalami beban tambahan seperti menguruskan rumahtangga.

via GIPHY

“Selain daripada perempuan, pekerja yang banyak mengalami masalah depresi ialah mereka yang berusia lebih tua. Ia diikuti dengan mereka yang berpendapatan rendah, perokok, mereka yang banyak menggunakan fizikal dan mereka yang tidak puas hati dengan tempat kerjanya,” kata Weston lagi.

“Kami berharap, kajian kami akan dapat membantu mana-mana syarikat untuk mengambil berat tentang kebajikan pekerja mereka. Ini termasuklah mempertimbangkan waktu kerja yang tidak teratur,”

Korang pun kenalah menyeimbangkan antara kerja dan kehidupan harian, tau. Nanti tak fasal-fasal korang jatuh sakit pula.

via GIPHY

Sumber: Kompas

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my