DhiaLova

Awas ‘toxic friendship’, kamu mungkin tertipu dengan talam dua muka!

Oleh  | 

BUKAN hanya cinta yang boleh membuat hati merana, persahabatan juga

Itu adalah kata-kata yang selalu di dengar menunjukkan sakit dikhianati dalam persahabatan sama sakitnya dengan putus cinta.

Sahabat sepatutnya mendorong kamu untuk mencapai segala impian dan berada di samping kamu saat memerlukan. Namun, perhubungan yang dibina boleh menjadi toksik yang disembunyikan atas nama persahabatan.

Menurut pakar psikologi Anjula Mutkamu, ‘sahabat toksik’ mempunyai ciri-ciri seperti memperkecilkan impian dan kejayaan kamu. Lebih teruk lagi dia berkata demikian di hadapan teman lelaki dan kawan-kawan kamu yang lain. Teruk betul!

via GIPHY

Selain itu, ciri lain yang ada pada sahabat toksik ialah dia selalu bergosip tentang kamu tanpa kamu tahu. Selain itu dia juga menceritakan rahsia kamu kepada orang lain. Walaupun semua ciri ini kedengaran seperti pergaduhan budak sekolah menengah, namun ia sebenarnya masih berlaku sehingga kamu dewasa.

Kesan mempunyai kawan toksik mungkin tidak ketara pada fizikal, namun ia sangat memberi kesan kepada mental kamu. Jika bersama mereka membuatkan kamu berasa tertekan atau membenci diri sendiri. Maka ia menunjukkan persahabatan itu tidak baik untuk kamu.

Apa nak buat?

Jika kamu menyedari bahawa kamu sudah terperangkap dalam persahabatan toksik sebegini, apa yang kamu perlu lakukan ialah bersemuka dan face up dengan tindakkan kawan kamu itu. Mungkin dia juga tidak menyedari bahawa dirinya juga adalah toksik. Duduk berdua dengannya dan berbincanglah secara elok.

via GIPHY

Namun jika kawan kamu tiba-tiba dia melenting dan memburukkan kamu di sosial media. Kamu boleh unfollow mereka jika itu cara terbaik untuk keluar daripada kepompong permainan mereka.

Namun, kamu harus bangkit untuk mencari kehidupan baharu selepas itu. Luangkan masa kamu dengan orang-orang yang positif di samping fokus mencari tujuan hidup yang baharu. So chin up girl!

Sumber: The Huffpost

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my