Serious?!

Awi Rafael dah ‘move on’, akui masih belum fikir soal pengganti

Oleh  | 

BEBERAPA bulan yang lalu, insiden putus tunang Awie Rafael dan bekas pasangannya Atikah Suhaime pernah menggegarkan industri hiburan tanah air kita. Selepas melalui fasa-fasa broken heart lebih daripada 3 bulan, Awi akui masih belum berfikir tentang soal pengganti. Namun ini tidak bermakna dirinya belum move on dengan kisah percintaannya sebelum ini tau!

Menurut penyanyi kelahiran Singapura ini, dia dan Atikah tidak bermusuh selepas insiden ‘pelamin anganku musnah’ pada Mac lalu malah, mereka masih lagi akrab sehingga ke hari ini. Dia dan Atikah masih berhubungan atas dasar sahabat dan mereka masih terikat dalam beberapa projek yang memerlukan mereka berkolaborasi. Awi akui dia perlukan masa untuk merawat hatinya selepas pertunangannya putus di tengah jalan.

“Saya percaya pada aturan Allah dan alhamdulillah saya tidak lagi bersedih atas apa yang berlaku,” jelas Awie dengan tenang.

Image result for awi rafael 2019

Foto: Sinar Harian

Ditanya mengenai peluang untuk bersama semula dengan Atikah, Awi hanya menggelengkan kepala dan menjelaskan selepas hubungan cintanya berakhir, dia tidak menaruh apa-apa harapan untuk bersama semula lebih-lebih lagi hubungan mereka tidak direstui oleh  keluarga masing-masing.

Bagi mengubat kesedihan selepas fasa putus tunang, baru-baru ini Awi dan rakannya Aiman Hakim Ridza telah menubuhkan sebuah studio yang diberi nama Newsantara Studio  di Ara Damansara. Sedikit sebanyak penubuhan studio ini dapat mengalihkan perhatiannnya daripada terus berfikir tentang hal-hal yang remeh.

Awi yang ditemui pada acara Great Amal Fest anjuran Warner Music Malaysia baru-baru ini mendedahkan pada waktu ini dia sedang sibuk dengan aktiviti seni dan beberapa aktiviti amal yang akan berjalan selepas raya Aidilfitri. Jejaka berusia 32 tahun ini sentiasa mendoakan agar bekas tunangnya itu sentiasa berbahagia dan mendapat jodoh yang baik dan berharap Atikah juga mendoakan perkara yang sama terhadap dirinya.

Semoga Awi terus sukses dalam kariernya dan bertemu dengan pengganti yang baik okay. Sifat Awi yang tenang dan profesional dengan apa yang berlaku dengan dirinya memang sis adore betul lah! Tiba-tiba rasa nak nyanyi lagu Bila Aku Jatuh Cinta dendangan Awi. Hiks!

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

dhia.com.my